“Untungnya Karina!” – Disuruh Pilih Kahwin Atau Kerjaya, Jawapan Lee Jaewook Buat Peminat Teruja

28 Feb 2024 • 3:10 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Sejurus selepas hubungan Lee Jae-wook dan Karina disahkan oleh agensi mereka, peminat lantas teringat akan video pelakon tersebut ketika dia muncul dalam rancangan “House On Wheels 4”.

Di mana, di dalam video tersebut Lee Jae-wook telah menyatakan bahawa dia lebih memilih hubungan perkahwinan berbanding dengan kerjayanya.

Katanya,

Saya rasa saya akan sedih jika saya tidak mempunyai isteri atau pasangan dalam hidup yang panjang ini. Saya akan ada seseorang yang sentiasa ada di sisi saya kalau saya berkahwin.

Tambahnya,

Kami akan mempunyai anak dan hidup bersama sehingga tua. Kami juga akan saling menyayangi dan bergantung kepada satu sama lain apabila menghadapi sebarang kesukaran. Sebenarnya, ini merupakan kehidupan yang sering saya idamkan.

image is not available

Sambungnya lagi,

Jika saya mempunyai teman wanita, saya akan berikan dia segalanya. Disebabkan itu juga saya tidak akan rasa menyesal jika kami berpisah. Kerana saya tahu yang saya dah lakukan yang terbaik dalam hubungan kami.

Romantiknya Lee Jae-wook, untung sangat Karina kan dapat teman lelaki macam ni..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.