“Tak masuk akal” – Pemilik Jakel Nafi Dakwaan Sengaja Bakar Kedai Sebab Nak Insurans

Entertainment
3 Jan 2023 • 4:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Berita duka buat syarikat Jakel apabila dilaporkan dua kali kebakaran di Wisma Jakel Shah Alam pada minggu ini.

Susulan tragedi kebakaran itu, telah timbul spekulasi yang mana kejadian tersebut dirancang oleh pihak tertentu bagi mendapatkan tuntutan insurans.

Hangat diperkatakan di laman media sosial oleh segelintir netizen yang mendakwa ia adalah rancangan pihak pengurusan selepas mengalami kerugian beberapa tahun kebelakangan ini.

image is not available

Ada yang mengatakan kebakaran itu disengajakan bagi mendapatkan ganti rugi serta tuntutan daripada pihak insurans dengan lokasi dan gedung yang lebih moden selepas ini.

“Takkan kita sengaja buat kerja kotor”

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Mohamed Faroz Mohamed Jakel tampil membuka mulut mengenai dakwaan tidak berasas ini.

Katanya, tindakan sebegitu demi tuntutan insurans disifatkan sebagai tidak masuk akal, memandangkan Jakel cawangan di Shah Alam adalah kedua termaju selepas Jakell Mall di Kuala Lumpur berbanding tempat lain.

“Dalam keadaan sekarang, dengan jualan akhir tahun, kedai pun penuh dan bisnes pun maju, takkanlah kita hendak buat kerja-kerja kotor.”

Tambahnya, tuntutan insurans belum tentu berpadanan dengan jumlah jualan Jakel, terutama pada akhir tahun dan musim perayaan.

“Apabila raya, berapa banyak jualan Jakel, berapa juta ringgit? Berapa sangat nilai perlindungan insurans? Jadi, tak logik. Tak masuk akal sebab Jakel maju, bukan syarikat yang bermasalah.”

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, pihak pemilik boleh menjatuhkan tindakan undang-undang ke atas pelaku yang membuat dakwaan tidak sahih.

Katanya, kes masih dalam siasatan dan jika laporan bomba sebaliknya, pihak pemilik boleh ambil tindakan sivil atau saman malu.

Kebakaran yang berlaku dilaporkan telah memusnahkan bahagian dalam bangunan lot kedai tiga tingkat dan dianggarkan alami kerugian hampir RM100 juta.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.