Tak menang tangan penuhi tempahan katering majlis rumah terbuka

LocalFood
6 Apr 2025 • 3:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Nur Syafikah terima tempahan lebih banyak untuk majlis rumah terbuka tahun ini. Foto ihsan Nur Syafikah

image is not available
Menu nasi minyak mendapat tempahan banyak untuk majlis rumah terbuka. Foto ihsan Nur Syafikah

TEMERLOH - Seorang pengusaha katering di sini tidak menang tangan bagi memenuhi tempahan untuk majlis rumah terbuka Aidilfitri tahun ini.

Mengusahakan Imani Katering, Nur Syafikah Mohd Shukri, 29, menyifatkan tempahan tahun ini lebih banyak berbanding tahun lepas.

Menurutnya, tempahan sudah diterima sejak raya kedua lagi hingga kini.

**media[3073396]**

"Ikutkan saya ada juga terima tempahan untuk 1 Syawal lagi tapi terpaksa tolak kerana ingin meluangkan masa untuk beraya bersama keluarga.

"Untuk tempahan, saya menetapkan had minimum bagi 100 orang ke atas," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Ujarnya, menu nasi minyak serta soto ayam paling banyak ditempah oleh pelanggan untuk juadah majlis rumah terbuka Aidilfitri.

"Selain menu tersebut, lemang serta laksa juga antara yang banyak ditempah pelanggan," tambahnya mengusahakan perniagaan katering sejak lima tahun lalu.

Ditanya faktor peningkatan tempahan tahun ini, beliau memberitahu ramai yang pulang ke kampung dan ingin meraikan keluarga, saudara serta rakan-rakan mereka.

Tambahnya lagi, beliau menyiapkan makanan untuk empat hingga lima rumah sehari dan masih boleh menerima tempahan orang ramai setakat ini.

"Syukur ia rezeki kami buat pengusaha katering tahun ini dan dapat bertahan ketika berdepan dengan pelbagai kenaikan kos barangan," jelasnya yang memiliki lima pekerja.