Tak Mengaku Anak, Jocelyn Chia Sahkan Akaun Milik Bapa ‘Fake’ – “Kelakarlah Orang Malaysia Ni..”

27 Jul 2023 • 3:06 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, tular di laman Twitter mengenai sebuah ciapan daripada bapa kepada pelawak, Jocelyn Chia.

Menerusi hantaran tersebut, bapa dikenali sebagai Anthony Chia itu membuat pengumuman bahawa dia dan isterinya tidak lagi mengiktiraf wanita itu sebagai anak mereka.

Bukan itu sahaja, Anthony turut berkata perbuatan yang dilakukan Jocelyn adalah tanda mereka gagal membesarkan anak dengan baik.image is not available

Susulan itu, pelawak berasal dari Singapura itu memaklumkan bahawa akaun Twitter tersebut adalah akaun palsu.

Malah, Jocelyn turut meminta orang ramai untuk membuat laporan mengenai akaun tersebut atas kesalahan memalsukan identiti.

image is not available

Difahamkan, pengguna Twitter turut berasa hairan dengan akaun tersebut kerana baru diwujudkan selepas kontroversi melibatkan dirinya tular di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 days ago

"Kami Gagal Membesarkan Dia" - Jocelyn Chia Dibuang Keluarga, Pengumuman Dibuat Bapa Di Twitter