“Tak Mungkinlah Rakan Sekerja Je Ni..” – Amira Othman Kantoi Tahu ‘Password’ Telefon Fattah Amin?

EntertainmentLifestyle
4 Aug 2025 • 2:54 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, hubungan antara pelakon, Fattah Amin dan Amira Othman sering menjadi perhatian warganet dan dapat dilihat peminat berharap agar hubungan itu akan berakhir ke jenjang pelamin.

Namun begitu, kedua-dua pihak tidak membuat sebarang pengumuman bahawa hubungan mereka serius dan Fattah juga menegaskan mereka hanya rakan sekerja.

Amira Othman tahu password telefon bimbit Fattah Amin?

Terbaru melalui platform TikTok, tular satu video memaparkan Amira Othman dikatakan tahu password telefon milik aktor itu.

Kejadian itu diketahui oleh peminat ketika penyanyi dan pelakon terbabit melakukan live di platform TikTok.

Difahamkan, Amira dilihat meminta telefon dari Fattah Amin kerana dia mahu mencari lagu dan dengan spontannya memasukkan kata laluan pada telefon pintar itu.

“Tak mungkinlah cuma rakan sekerja..”

Disebabkan video itu sudah tular, ramai meluahkan rasa terkejut serta yakin mereka sudah menjalinkan hubungan serius kerana tidak mungkin rakan sekerja mengetahui password telefon pintar kerana ia dianggap sebagai privacy.

image is not available

image is not available 2025-07-29 20:14:00

Hael Husaini 'Pecah Rahsia' Tarikh Amira Othman Nak Kahwin?