“Tak nak beli luar dah” – [VIDEO] Wanita Terkejut ‘Order’ Makanan Tapi Dapat Ayam Goreng Ada ‘Ekor’

Entertainment
4 Aug 2022 • 4:24 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Benda paling frust sekali bila order makanan dari rumah ni bila tak dapat apa yang diminta. Lagi-lagi bila tengah lapar, boleh buat gaduh!

Tapi macam mana pulak kalau kita order benda lain, lepastu makanan yang kita dapat tu lain pulak rupanya dari yang kita pernah makan dari kecik?

Ini apa yang berlaku kepada seorang wanita dari negara seberang bila dia memuat naik video nasi bungkus bersama ayam goreng yang dipesannya itu.

Video yang dimuat naik semula di Instagram @undercover.id ini menunjukkan wanita ini telah menyentuh ayam goreng yang dipesannya itu.

Menurut wanita ini, isi tersebut memang nampak macam ayam tapi wanita ini pelik kenapa tiba-tiba ada ekor panjang dekat “ayam” bersalut tepung itu. Adoiii, apalah yang dorang guna ni?

“Kenapa dia masih berani pegang”

Video yang telah mendapat lebih dari dua juta tontonan ini menunjukkan rata-rata netizen turut loya melihat makanan yang diterima oleh wanita tersebut.

Selain itu, netizen turut memberikan spekulasi bahawa penjual tersebut telah menggunakan tikus sebagai ayam goreng.

image is not available

Wanita yang memuat naik video ini turut memberitahu bahawa dia telah pun bertanya kepada penjual makanan tersebut dan katanya benda panjang itu adalah usus punggung ayam.

Saya dah dapat pengesahan dari penjual. Kata penjualnya itu usus buntut dari ayam.”

Namun begitu, wanita tersebut mengakui ekoran dari insiden tersebut dia dan keluarganya rasa mual dengan apa yang berlaku tapi tetap berfikiran positif.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article