‘Tak nak beli rumah, akan datang jangan paksa anak belikan’

PropertyPersonal Finance
27 Oct 2026 • 11:04 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Tak nak beli rumah, akan datang jangan paksa anak belikan’

PETALING JAYA – “Bila kita tak nak beli rumah sebab suka sewa boleh berpindah-randah, okey, tak salah. Cuma bila dah tua, anak-anak dah mula kerja…jangan paksa mereka pula beli rumah buat kita.”

Itu pesanan Pakar Kewangan dan Hartanah, Dr. Azizul Azli Ahmad mengenai sikap tidak bertanggungjawab ibu bapa yang ‘menggunakan’ anak-anak demi kehendak sendiri.

Beliau menegaskan, jangan jadikan anak-anak sebagai mesin duit persaraan diri kerana mereka juga mempunyai impian hidup.

“Kesilapan kita bab urus duit, kita nak anak-anak kita tanggungjawab. Anak-anak baru nak menikmati hidup, kita dah suruh mereka beli rumah buat kita.

“Jangan jadikan anak-anak mesin duit persaraan kita. Mereka juga ada impian hidup,” katanya.

Pesanan itu merujuk kepada tangkap layar hantaran seorang individu di media sosial, yang meluahkan rasa kecewa apabila dipaksa membeli rumah untuk ibu bapanya meskipun baru beberapa tahun bekerja.

Individu itu berkata, dia juga dilahirkan dalam keluarga susah dan masih dalam proses membina kehidupan sendiri, namun terpaksa berdepan desakan berkenaan.

Lebih mengecewakan, dia mendakwa ibu bapanya tidak begitu memainkan peranan aktif dalam membesarkannya, tetapi kini mengharapkan dia membeli rumah untuk mereka.

Malah, individu itu mendakwa, ibunya sudah hampir dua bulan tidak bercakap dengannya hanya kerana dia enggan memenuhi permintaan tersebut.

“Ibu saya tak bercakap dengan saya nak dekat dua bulan dah sebab saya tak nak beli rumah ya,” ujar individu berkenaan. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Tak nak beli rumah, akan datang jangan paksa anak belikan’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved