“Tak Nak Jadi ‘Fake’” – Fara Mendoza Mengaku Buat Pembedahan Demi Wajah Cantik

EntertainmentBeauty
8 Mar 2023 • 11:11 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
fara

Pelakon dan influencer terkenal, Fara Mendoza baru-baru ini mengakui bahawa dirinya menjalani prosedur kecantikan pada wajahnya. Eh, seriuslah?

Fara mendedahkan dirinya menjalani pembedahan pada hidung, bibir dan mengecilkan tulang rahangnya.

Tak mahu jadi hipokrit

image is not available

Menurut model cantik itu, dia tidak mahu menjadi hipokrit terhadap peminatnya dan terbuka untuk berkongsi perihal prosedur yang telah dilakukan.

Saya tak nak jadi ‘fake’. Saya selesa jadi diri sendiri. Apa yang saya lakukan, saya senang untuk berkongsi dengan pengikut di media sosial. Kalau ada yang kata saya ‘buat hidung’ misalnya, biarlah saya punya duit. Memang saya buat hidung, bibir apa semua.

Walau bagaimanapun, Fara tidak mendedahkan kos rawatan bagi prosedur tersebut namun dirinya yakin wang yang dilaburkan itu adalah demi kepuasan diri.

Bagi saya kecantikan itu penting. Kita cantik bukanlah untuk nak dapatkan perhatian lelaki tapi adalah untuk kepuasan diri. Setelah kita penah berkerja, apa salahnya untuk kita manjakan diri sendiri pula.

Hm, apa pendapat korang pula?

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media