“Tak Nak Kahwin Tapi Tidur..” – Penonton Marah Lihat Babak Ini Dalam ‘Good Partner’

Movie
22 Jul 2024 • 1:17 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Bukan mudah nak puaskan hati penonton K-Drama kan?

Terbaru, penonton telah meluahkan kekecewaan melihat babak ini di dalam drama “Good Partner”. Ianya ialah di mana Han Yu-ri (Nam Ji-hyun) dilihat berbaring di atas katil yang sama dengan Jo Eun-ho (P.O.).

Rata-rata netizen mengeluh kerana babak itu tidak membantu langsung perkembangan plot selain tiada keperluan untuk mengembangkan babak romantik antara watak itu. Malah ramai yang mahukan penulis lebih fokus dengan kerjasama antara Han Yu-ri dan Cha Eun-kyung (Jang Na-ra).

Komen penonton yang lain,

  • Klise sangat babak ni, bukan ke Yu-ri cakap dia tak nak kahwin tapi tiba-tiba dia tidur dengan Eun-ho.
  • Banyak cara lagi kan nak kembangkan kisah cinta mereka.
  • Apa konteks babak ini?
  • Saya harap sangat yang mereka hanya tidur sahaja dan tak buat seks.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.