Tak Nak Penduduk Rasa Terbeban Lakukan Ibadah, Solat Terawih ‘Kilat’ 23 Rakaat Selesai Dalam Tempoh 10 Minit

4 Mar 2025 • 11:54 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui platform media sosial, baru-baru ini, tular satu video memaparkan sekumpulan penduduk di Ponpes Mambaul Hika Mantenan, Blitar, Indonesia menunaikan solat terawih ‘kilat’.

Difahamkan melalui laporan Gempak, penduduk di sana menunaikan solat terawih 23 rakaat sangat laju, di mana mereka menyelesaikannya dalam tempoh 10 minit sahaja.

image is not available

Solat berkenaan dikatakan bukan hal yang baru atau kejutan buat penduduk di sana kerana sudah melalukan seperti itu secara turun temurun sejak tahun 1907.

Melalui sejarah kampung berkenaa, solat terawih kilat dilakukan susulan penduduk kampung kebanyakannya bekerja sebagai petani yang sudah penat lelah dari pagi hingga petang di sawah yang membuatkan mereka ‘malas’ untuk menunaikan solat terawih.

image is not available

Sebagai jalan penyelesaian masalah itu, Kiai Abdul Ghafor mengambil inisiatif untuk melakukan solat terawih kilat buat seluruh masyarakat di wilayah Mantenan Kecamatan Udanawu, Kabupaten Blitar supaya tidak terbeban sewaktu menunaikan ibadah solat terawih di bulan Ramadan.

image is not available 23 hours ago

Wanita Indonesia Kagum Rakyat Malaysia Tak Berebut Ketika Makan 'Buffet' - "Nanti Kami Digelar Beruk Kalau.."