“Tak Nak Tape, Nak Jenis Pants” – Sikap Asnaf Komen Pemberian Bantuan MAIWP Jadi Tumpuan

8 Jun 2025 • 1:50 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang asnaf meluahkan rasa kecewa terhadap bantuan yang diterima daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Menurut wanita tersebut, MAIWP didakwa lambat menyalurkan bantuan serta tersilap memberikan barangan yang dimohon.

Wanita dikenali sebagai Puan Putri itu menyatakan rasa kecewanya apabila berlaku kesilapan dalam agihan barangan keperluan seperti lampin pakai buang dan susu anak-anaknya.

Difahamkan, ibu kepada enam cahaya mata itu memohon lampin pakai buang jenis seluar (pants), namun yang diterima keluarganya adalah jenis tape.

image is not available

image is not available

“Dah bertahun-tahun jadi isu ini. Sistem masih manual, lambat, dan tak telus,” katanya dalam kenyataan kepada media.

Namun, menerusi video yang dikongsikan oleh AATV Media, rata-rata netizen menganggap tindakannya itu sebagai tidak bersyukur dan terlalu memilih dalam menerima bantuan.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 days ago

"Tuala Basah Campak Atas Tilam, Kencing Bersepah Titis Atas Jamban..." - Baru Kahwin 2 Bulan Tapi Menyesal, Baru Tahu Suami Pengotor