“Tak Nak Trauma Masa Lalu Menghantui..” – Fasa Hamil Yang Tidak Mudah, Shila Amzah Akui ‘Anxiety’ Semenjak Berbadan Dua

Family & Parenting
24 Jan 2024 • 2:05 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Akui tidak mudah berada dalam fasa kehamilan, penyanyi popular Shila Amzah menyatakan dirinya mengalami anxiety sepanjang dirinya mengandung anak keduanya itu.

Tak dapat tidur

Menurut Shila, sudah empat hari dirinya tidak dapat melelapkan mata dengan nyenyak kerana perbubahan emosi yang tidak stabil. Katanya, dia tidak mahu trauma kisah silam yang pernah dialaminya berulang kembali dan berhasrat untuk menjadi ibu yang sihat.

Anxiety semasa hamil bukan perkara main-main. Saya sudah empat hari tak tidur dengan nyenyak.

 

Saya mahu tinggalkan semua perkara toksik dan tidak mahu trauma masa lalu menghantui saya lagi. Saya nak jadi isteri dan ibu yang sihat, itu sahaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

Emosi tak stabil

Sebelum ini, penyanyi lagu Patah Seribu ini juga pernah berkongsi bahawa emosi dirinya sering tidak stabil hingga menyebabkan dirinya menangis setiap hari semenjak dirinya mengandung.

Bukan itu sahaja, hal tersebut juga menyebabkan Shila berasa lesu dan hilang selera makan hinggakan penyanyi ini tidak mampu bangun dan bergerak dari katilnya.

Untuk info, Shila telah mengesahkan bahawa dirinya dan suami, Ubai akan menimang cahaya mata tak lama lagi.

image is not available 1 week ago

"Comelnya Baby Bump.." - Shila Amzah Buat Persembahan Ketika Hamil, Buat Peminat Teruja!