“Tak nikah lagi sembang kencang..” – PU Syed tegur DMA Islam label lelaki buat kerja rumah ‘songsang’

26 Aug 2025 • 10:42 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pempengaruh media sosial, DMA Islam, sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila menganggap lelaki yang membantu isteri melakukan kerja rumah sebagai tidak ‘jantan’ dan mengaitkannya dengan gelaran menghina.

Kenyataan itu menimbulkan kemarahan ramai, termasuk pendakwah terkenal PU Syed yang tampil memberi teguran terbuka.

image is not available

image is not available

‘Tak nikah lagi sembang kencang’

Menurut PU Syed, pandangan DMA Islam itu tidak tepat dan bercanggah dengan sunnah Nabi Muhammad SAW sendiri.

“Rasulullah SAW sendiri membantu isteri-isteri baginda di rumah dan ia langsung tidak menjejaskan kedudukan baginda sebagai seorang khalifah,” kata PU Syed.

image is not available

Beliau turut menjelaskan bahawa para sahabat Rasulullah termasuk Saidina Umar dan Saidina Abu Bakar juga pernah melakukan perkara sama, yang menunjukkan kecaknaan serta kasih sayang terhadap pasangan tanpa menurunkan martabat seorang lelaki.

Teguran PU Syed mendapat sokongan ramai netizen yang menyifatkan kenyataan DMA Islam sebagai keterlaluan dan mengelirukan.

image is not available image is not available

Ramai berpendapat membantu isteri di rumah adalah bukti cinta dan tanggungjawab, bukannya tanda kelemahan seorang lelaki.

Sumber: Instagram pusyed_official