“Tak paham, cuba kahwin” – Naik Gunung Kinabalu Bersama, Netizen Harap Syed Saddiq & Bella Astillah Berjodoh

Entertainment
24 Jan 2025 • 10:30 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bersemut! Semenjak dua menjak ini, penampilan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan pelakon serta penyanyi, Bella Astillah telah mendapat perhatian ramai dek kerana keserasian mereka berdua apabila bersama.

Kedua-duanya kembali mencuri tumpuan kali ini apabila tular foto dan video mereka sedondon memakai pakaian tradisional Melayu mendaki Gunung Kinabalu semalam.

Alhamdulillah, sampai pun Panabalan/Laban Rata. Kita naik pukul 10 am dan sampai 3.20 pm phewww. Saya separuh sedar sudah sebenarnya (sampai terfikir bagus saya jadi ikan) tapi Syed Saddiq boleh menari-nari, menyanyi-nyanyi dan sewaktu dengannya.

“Oh lupa dia Ironman manakala saya hanya biasa iron baju,” kata Bella Astillah.

Selain itu, terdapat juga beberapa video memaparkan momen Bella dan Syed Saddiq menaiki Gunung Kinabalu dan ada juga video Bella nyanyi dekat Syed Saddiq atas gunung itu. Amboi…

“Jangan bagi kami tersengih sorang-sorang hadap handphone please”

Video-video yang tular itu telah mengundang komen positif netizen yang mendoakan agar pasangan ini berjodohan kelak.

image is not available

Ramai cakap asyik tersenyum je ye bila tengok gelagat mereka berdua tu. Kita doa yang baik-baik ya.

Sumber: TikTok, Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.