“Tak pasal aku kena fitnah” – Adik Sajat Bengang Dituduh Abaikan Bapa?

Entertainment
5 Oct 2023 • 4:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, usahawan yang kini menetap di Australia iaitu Nur Sajat memuat naik sebuah hantaran meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada sahabatnya, Datuk Aliff Syukri dan isteri kerana sudi membantu membelikan kerusi roda buat ayahnya.

Sajat turut menzahirkan rasa sebak selepas Aliff Syukri mengirimkan video bapanya yang sudah pun menerima kerusi roda baharu.

Walaupun ramai yang begitu tersentuh melihat perkongsian hantaran itu, ada yang turut menyoal keberadaan adik Sajat, Mustika yang sepatutnya mengambil berat terhadap kebajikan bapanya berbanding Sajat yang berada di luar negara.

image is not available image is not available image is not available

Melihat situasi yang berlaku, Mustika tampil memberi respon menepis dakwaan yang dilemparkan, kononnya dia telah mengabaikan bapanya.

“Masalahnya mana mak aku, kembar dan aku masa Aliff ni datang? Tak pasal aku kena fitnah lagi. Habis tu bapa aku selama ni memang tak berkerusi roda ke?” tulisnya.

Mustika mendedahkan bahawa kerusi roda sememangnya sudah ada di rumah mereka untuk kegunaan si bapa. Dia turut memaparkan terdapat dua kerusi roda yang berada di rumah.

Diharapkan konflik yang tercetus dapat diselesaikan sebaiknya…

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.