Tak patut salahkan Fadhlina! Anak sekarang bijak cari bahan akses internet – Azhar Sulaiman

LocalPolitics
14 Oct 2025 • 10:00 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Azhar Sulaiman menegaskan desakan agar Menteri Pendidikan, Fahlina Sidek meletakkan jawatan susulan insiden di sekolah adalah tidak wajar.

Menurut pelakon berusia 54 tahun itu, masalah sebenar bukan pada pentadbiran kementerian pendidikan atau sekolah, sebaliknya berkaitan akses pelajar kepada gajet dan internet.

“Macam-macam masalah berlaku kat sekolah ni. Abang rasa tak patut kita salahkan Menteri Pendidikan Fadlina Sidek, KPM, sekolah, atau jabatan pelajaran negeri dan daerah.
“Semua pihak telah melakukan yang terbaik untuk menjaga keselamatan sekolah kita,” katanya.

image is not available

image is not available

Tak patut salahkan Fadhlina!

Azhar berkata, kanak-kanak kini cerdik mencari bahan terlarang secara dalam talian dengan menggunakan apa jua peranti elektronik yang ada.

“Kalau tak dapat telefon yang boleh akses internet, mereka guna komputer riba ibu bapa.
“Budak-budak sekarang memang pandai nak cari bahan. Mungkin bagi anak pakai walkie-talkie je habis cerita,” jelasnya.

Beliau turut membandingkan dengan Singapura yang mempunyai sistem kawalan digital ketat untuk pelajar.

“Kalau di Singapura, kalau kalian taip sahaja alamat tak tentu pasal, keluar arahan datang pada kamu,” katanya.

image is not available

Apa pun, semua pihak termasuk ibu bapa dan guru supaya berganding bahu mendidik pelajar menggunakan teknologi secara selamat, daripada menuding jari kepada mana-mana individu atau institusi.

Sumber: FB Azhar Sulaiman