Aleeya Zailan Berang Netizen Tuduh Anak Tak Solat – “Awak Ingat Dia Tak Reti Ke?”

25 Sep 2025 • 2:21 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Usahawan terkenal, Aleeya Zailan, meluahkan rasa kecewa selepas ada warganet mendakwa anak perempuannya tidak menunaikan solat.

Dalam hantaran di TikTok, Aleeya berkongsi komen seorang individu yang membandingkan anaknya, Eva Natasha, dengan anak pelakon popular Azhar Sulaiman, Kasih Leona, “Leona yang lincah tu pun tahu solat, benda wajib.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengecam individu berkenaan kerana membuat tuduhan tanpa usul periksa. Mereka berpendapat, tidak ada siapa berhak menghukum atau menilai pahala dan dosa seseorang sesuka hati.

image is not available 2025-08-25 12:30:28

Aleeya Zailan Belanja Puluhan Ribu Setiap Bulan Untuk Gaji Pekerja Rumah - "Ada Kerja Kosong Tak?"