“Tak patut sentuh” – [VIDEO] Netizen Meluat Tengok Salt Bae ‘Over’ Bergambar Dengan Trofi Piala Dunia

Entertainment
20 Dec 2022 • 5:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum mengetahui tentang kemenangan Argentina baru-baru ini selepas mengalahkan Perancis pada Kejohanan Piala Dunia FIFA sekaligus menjadi juara dan memperoleh trofi kemenangan. Tapi korang tahu tak, hanya orang tertentu je boleh pegang trofi tu?

Chef selebriti terkenal, Salt Bae atau nama sebenarnya Nusret Gokce telah menerima kecaman daripada netizen setelah memuat naik gambarnya memegang Trofi Piala Dunia 2022.

Menerusi gambar yang dimuat naik dalam akaun Instagramnya, dapat dilihat Salt Bae meraikan kemenangan pasukan Argentina bersama beberapa orang para pemain.

Bagaimanapun, netizen telah meluahkan rasa kurang senang apabila melihat Salt Bae bergambar bersama trofi itu kerana mereka mendakwa bahawa trofi itu hanya boleh dipegang oleh para pemain yang berada dalam pasukan Argentina sahaja selaku pemenang.

Pingat pemain pun dia gigit?

image is not available

Bukan itu sahaja, dia turut dikecam selepas dilihat menggigit pingat salah seorang pemain Argentina.

Mungkin ramai yang tidak tahu, sebenarnya trofi Piala Dunia itu adalah suatu lambang yang eksklusif daripada FIFA dan memerlukan SOP yang ketat semasa mengendalinya.

Menurut Sportingnews, disebabkan trofi tersebut sangat berharga dan juga mewakili salah satu simbol Piala Dunia FIFA, keselamatan trofi tersebut haruslah sentiasa diutamakan.

Oleh itu, hanya pemain negara yang bergelar juara dan beberapa orang yang tertentu sahaja yang dibenarkan untuk memegang trofi berkenaan.

Apa kata warganet?

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata warganet melemparkan kritikan dan kecaman terhadap Salt Bae yang sesuka hati memegang dan bergambar bersama trofi berkenaan.

image is not available

Salt Bae bukan satu-satunya selebriti yang melanggar tradisi dengan memegang trofi Piala Dunia secara rakus.

Terdahulu, penyanyi Rihanna juga pernah melakukannya pada tahun 2014 apabila dia menyentuh trofi semasa pesta kemenangan perlawanan Jerman.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.