Tak payah datang! Setiausaha Pemuda MCA diarah tidak sertai kempen PRN N. Sembilan

LocalPolitics
18 Jul 2026 • 12:53 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Setiausaha Agung Pemuda MCA, Saw Yee Fung mendakwa beliau diarahkan supaya tidak menyertai kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan selepas secara terbuka mengkritik keputusan Barisan Nasional (BN) untuk bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agong MCA arah tak sertai kempen

Pendedahan itu dibuat menerusi satu hantaran panjang di Facebook yang turut memaparkan tangkap layar mesej WhatsApp daripada Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon, yang memaklumkan beliau tidak perlu hadir ke kempen PRN.

Kecewa dengan tindakan MCA

Kecewa dengan arahan tersebut, Saw mempersoalkan sama ada MCA masih mengamalkan keterbukaan terhadap pandangan berbeza dalam parti.

“Sejak bila MCA menjadi parti yang tidak boleh bertolak ansur walaupun dengan satu suara yang berbeza?

“Kita sentiasa mengkritik DAP kerana menekan kebebasan bersuara. Mungkinkah hari ini, kerana kita telah mengubah pendirian, kita juga telah mengubah fikiran? Di bawah bimbingan pemimpin tertentu, adakah kita telah menjadi perkara yang paling kita benci dahulu?

Saya sayang parti ini. Tetapi apa yang saya paling suka ialah MCA yang sanggup mendengar, sanggup berbincang, dan mampu menampung suara yang berbeza—bukan MCA hari ini yang secara beransur-ansur menjadi tidak dikenali,” katanya.

Image from: Tak payah datang! Setiausaha Pemuda MCA diarah tidak sertai kempen PRN N. Sembilan

Menurut Saw, beliau hanya memilih untuk menyuarakan kritikan secara terbuka selepas mendakwa tidak menerima sebarang maklum balas daripada kepimpinan tertinggi MCA berhubung keputusan bekerjasama dengan PN.

Katanya lagi, beliau sebelum itu telah membangkitkan perkara berkenaan dalam kumpulan WhatsApp kepimpinan pusat parti namun tidak mendapat sebarang jawapan.

Sumber: Facebook Saw Yee Fung

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved