"Tak Payah Ke Cappadocia!" - Rasai Pengalaman Menaiki Hot Air Balloon Tak Jauh Dari Kuala Lumpur!

Travel
5 Oct 2023 • 12:07 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Mesti ramai yang impikan untuk naik belon udara panas biarpun sekali seumur hidup kan? Antara destinasi yang sering menjadi pilihan untuk menaiki belon udara panas sudah tentunya di Cappadocia, Turki! Untuk pengetahuan korang, dah tak perlu terbang jauh ke Turki untuk menaiki belon udara panas!

image is not available

Anda kini boleh rasai sendiri pengalaman menaiki belon udara panas menikmati pemandangan memukau cuma 30 minit dari Kuala Lumpur! Bersama MyBalloon Adventure, impian anda bakal direalisasikan!

image is not available

Nak lakar memori berkekalan sempena hari jadi, ulang tahun perkahwinan, lamaran eh semua boleh bersama MyBallon Adventure. Istimewanya jika anda terbang bersama MyBalloon Adventure, anda tidak akan tahu di mana anda akan mendarat! Sudah tentunya lebih rasa teruja!

Antara pakej basic yang ditawarkan, untuk dua orang berharga RM2,750.

*Termasuk
– pengangkutan dari meeting point pada tarikh penerbangan
– minuman seperti teh/kopi dan juga biskut disediakan sebelum penerbangan
– Tempoh di udara dari 30-45 minit
– Toast untuk meraikan setelah mendarat

Para pelanggan juga bakal mendapat satu time-lapse video untuk dibawa pulang! Memang ngam boleh simpan dan berkongi bersama insan tersayang. Dari segi faktor keselamatan, jangan risau setiap belon udara panas dikemudi oleh juruterbang yang bertauliah yang menitik beratkan faktor cuaca supaya anda boleh terbang dengan selamat!

image is not available

Jika penerbangan anda terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan, jangan risau kerana meraka akan buat penjadualan semula untuk pastikan anda terbang!

Alamat:-

MyBallon Adventure

No 50, Jalan 3/108, Taman Salak Jaya,

Salak Selatan, 57100 Kuala Lumpur.

No Telefon untuk tempahan: 012-372 7579

Laman Rasmi: https://myballoonadventure.com/