“Usia Hanyalah Angka”- Nenek 104 Tahun Tak Takut Buat Terjunan Udara

5 Oct 2023 • 3:46 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang nenek berusia 104 tahun tidak takut untuk membuat terjunan udara di Chicaho.

Pencapaian nenek dikenali Dorothy Hoffner, 104 itu sekaligus menjadi individu tertua yang membuat terjunan pada ketinggian 13,500 kaki di utara Illinois pada Ahad lalu.

Usia hanyalah angka, nenek 104 tahun buat terjunan udara

Memetik laporan Chichago Tribune, dia menyatakan usia bukanlah penghalang bagi dirinya untuk membuat terjunan. Sebaliknya, ia hanya angka dalam hidup seseorang sahaja.

Dia berkata demikian ketika ditanya mengenai perasaannya secara tidak rasmi memegang rekod dia.

“Seperti saya sudah tua. Umur hanyalah angka..”beritahu Hoffner kepada orang ramai yang bersorak selepas dia berjaya mendarat dengan selamat pada Ahad lalu di Skydive Chicago di Ottawa.

image is not available

Kali pertama terjun ketika berusia 100 tahun

Difahamkan, Hoffner melakukan terjunan udara pertamanya pada empat tahun lalu ketika dia berusia 100 tahun.

Malah, Hoffner juga pada awalnya dijadualka patut melakukan terjunan pada awal September lalu. Namun, dia terpaksa menangguhkan hasrat tersebut sebanyak tiga kali kerana cuaca buruk.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Hoffener yang dilahirkan pada 1918 selepas Perang Dunia I mendedahkan dirinya tidak pernah berkahwin atau mempunyai anak. Dia juga menyifatkan dirinya sebagai ‘harta karun yang tidak dituntut’ selain menganggap ia antara satu petua kekal hidup lama.

Sementara itu, Hoffner berkara, dia mahu mencuba menaiki belon udara panas pada Disember tahun hadapan.

Dalam pada itu, Hoffner juga mengucapkan terima kasih kepada akhbar dan orang ramai kerana menyaksikan detik istimewa dalam hidupnya itu

Sebelum ini, rekod dipegang oleh Linnea Ingegard Larson yang berusia 103 tahun ketika membuat terjunan tersebut pada Mei 2022.