“Tak Payahla Kecoh, Raya Kan” – Jiran Selamba Parking Kereta Dalam Pagar Rumah Orang

8 Apr 2025 • 2:56 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
jiran parking

Siapa sangka, balik rumah dengan niat nak jenguk-jenguk keadaan, tiba-tiba dapat ‘hadiah’ sebuah kereta tak dikenali terpacak dalam kawasan parkir sendiri.

Itulah yang berlaku kepada seorang wanita yang meluahkan rasa marah apabila mendapati jirannya sesuka hati membuka pagar dan parking kereta dalam kawasan rumahnya tanpa izin.

Terkejut tengok kereta ‘asing’ dalam pagar rumah

Menerusi perkongsian tular di media sosial, pemilik rumah mendakwa jiran terbabit bukan setakat ‘tumpang’ parkir, tapi siap buka pintu pagar rumahnya dengan selamba seolah-olah milik sendiri.

image is not available

Boleh bayang tak betapa terkejut dan geramnya pemilik rumah apabila melihat kereta ‘asing’ dah selesa berteduh dalam pagar sendiri?

Difahamkan, wanita berkenaan bertindak mengunci semula pagar rumahnya dengan kereta jiran masih berada di dalam.

Dia turut memberi amaran, jika jirannya bertindak memotong kunci tersebut, dia tak akan teragak-agak untuk buat laporan polis.

Netizen bengang, tuan kereta pula naik angin

image is not available

Namun, lain pula cerita apabila seorang individu menegur tindakan pemilik rumah menularkan isu ke media sosial.

Katanya isu boleh je diselesaikan secara baik kerana pemilik kereta hanya jiran di depan rumah.

#ApaKataOhmedia

Tapi betul ke alasan Hari Raya boleh jadi ‘lesen’ untuk ceroboh rumah orang? Netizen pastinya tidak setuju dan ramai berpendapat individu hendaklah menjaga adab dalam berjiran.

Kredit: X Januarhaikal
Baca reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved