“Tak Payahlah ‘Throwback’..” – Watie Sadali Sakat Linda Rafar, Imbau Zaman Romantik Bersama Edry Abdul Halim

EntertainmentLifestyle
21 Sep 2025 • 6:34 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Anggota kumpulan Elite, Watie Sadali, sempat mengusik rakannya Linda Rafar mengenai pengalaman penyanyi itu bersama ahli kumpulan KRU, Edry Abdul Halim.

Menerusi sebuah video podcast yang dimuat naik di Instagram, Linda berkongsi pengalaman ketika terlibat dalam sebuah penggambaran bersama kumpulan KRU, di mana dia gemar menyanyi manakala Edry pula sering bermain gitar.

Belum sempat Linda menghabiskan kisah bagaimana dia mula menyertai kumpulan Elite, perkongsian tersebut pantas mencuri perhatian Watie yang spontan menyifatkan momen itu cukup romantik.

‘Geram’ melihat tindakan rakannya itu, Linda menepis Watie dan ketawa.

Watie kemudiannya meminta Linda untuk tidak lagi mengenang kisah lalu.

Tak payahlah throwback, tiber

Sekadar info, Elite merupakan kumpulan penyanyi wanita Malaysia yang ditubuhkan KRU Records pada tahun 1995.

image is not available

image is not available

Kumpulan Elite mula meledak dengan lagu hits mereka seperti Tamparan Wanita, Trauma dan banyak lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-09-21 13:28:55

"Suami Semua Orang Ada Di Sini Kecuali Suami Saya" - Watie Elite