“Tak Perlu Bagi Duit, Saya Masih Boleh Cari Rezeki” – Hampir Buta Sepenuhnya, Budak 46 Tolak Sumbangan Wang

4 Aug 2026 • 12:57 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Personaliti media sosial, Budak 46 mendedahkan ramai individu berhasrat untuk memberikan sumbangan kepadanya selepas mengetahui keadaan kesihatan yang sedang dihadapinya.

Menerusi satu hantaran di TikTok, Budak 46 atau nama sebenarnya Muhammad Ammarzulkha Helmi bagaimanapun menegaskan bahawa dia tidak mahu menerima bantuan berbentuk wang daripada orang ramai.

Advertisement

Menurutnya, dia masih mampu berusaha mencari rezeki sendiri menerusi kandungan affiliate walaupun mempunyai batasan tertentu.

“Adik aku telefon, dia beritahu ada orang asyik minta QR (Kod Tindak Balas Cepat).

“Tak perlu. Dari segi duit tak payahlah, saya tak mahu.

“Saya selagi boleh buat affiliate, saya akan buat.

“Tapi saya kadang-kadang ada masa muat naik video, ada masa tidak. Namun tidaklah sampai sebulan saya tak muat naik video.”

Dalam masa sama, Budak 46 tetap optimis untuk meneruskan kehidupan meskipun perlu berdepan pelbagai ujian.

@budak46.__

? bunyi asal – BUDAK46 – BUDAK46

“Dalam hidup ini kita kena teruskan, pedulikan apa yang orang nak cakap.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan pendiriannya yang memilih untuk terus berusaha menggunakan kudrat sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Terdahulu, Budak 46 mendedahkan dirinya menghidap retinitis pigmentosa, iaitu sejenis penyakit mata yang menyebabkan penglihatan semakin merosot secara beransur-ansur.

Menurutnya, masalah itu bermula dengan rabun ketika berusia empat tahun sebelum dia disahkan menghidap penyakit berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: “Tak Perlu Bagi Duit, Saya Masih Boleh Cari Rezeki” – Hampir Buta Sepenuhnya, Budak 46 Tolak Sumbangan Wang2026-08-04 11:42:33

Lelaki Koma Seminggu Akibat Dikejar Anjing Liar Berdepan Kecacatan Otak Kekal

The post “Tak Perlu Bagi Duit, Saya Masih Boleh Cari Rezeki” – Hampir Buta Sepenuhnya, Budak 46 Tolak Sumbangan Wang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved