“Tak Perlu Bawa Hingga Ke Media Sosial..” – Shuib ‘Block’ Nombor, Rahim Mengaku Ada Perselisihan Faham

EntertainmentLifestyle
14 Aug 2024 • 11:41 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelawak dan penyampai radio, Rahim mengakui bahawa ada berlakunya perselisihan faham antara dirinya dan pelawak, Shuib Sepahtu tetapi tidak bersetuju ia diperbesarkan di platform media sosial.

Nombor kena sekat, lama tak berhubung

Difahamkan dari laporan Harian Metro, Rahim mendakwa dirinya sudah lama tidak berhubung dengan Shuib dan memberitahu nombornya juga sudah disekat oleh pemilik bisnes BubbleBee itu.

Sewaktu dia bernikah tahun lalu pun, saya tidak hadir ke majlisnya sebab tidak dijemput. Tapi tidak perlulah membawanya hingga ke media sosial. Sebagai sahabat, itu yang saya ada rasa sedikit terkilan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rahim Raja Lawak (@rahimr2)

Berlaku salah faham

Bagaimanapun, pelawak berusia 54 tahun itu enggan bercerita lanjut mengenai punca perselisihan faham mereka berdua kerana merasakan tidak molek.

Sebelum ini, Shuib telah mencuri perhatian ramai selepas memaklumkan dirinya tidak akan menjemput Rahim sebagai tetamu podcast yang dikendalinya melalui siaran langsung di TikTok.

image is not available 1 day ago

"Jangan Terperangkap Dengan Permainan Orang Lapar Perhatian" - Rahim Beri Respon Isu Tak Akan Diundang Dalam Podcast Shuib