“Tak Perlu Bayar Bang” – Pomen Dipuji Baiki Motosikal Jam 1 Pagi Lepas Tahu Keluarga Terkandas Tepi Jalan [Video]

21 Nov 2025 • 5:40 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Kalau boleh, memang semua orang mahu mengelak daripada ditimpa musibah. Namun apa daya, kita sebagai manusia hanya mampu merancang.

Bagaimanapun, kita sesama masyarakat boleh meringankan beban individu lain dengan menghulurkan bantuan mengikut kemampuan masing-masing. Seperti sebelum ini, seorang anggota polis dipuji ramai selepas bertindak membeli seutas jam tangan daripada penganggur.

Jelas pihak polis itu, dia berasa simpati dengan nasib lelaki yang bergelut mencari pekerjaan dalam masa sama perlu menampung kos perbelanjaaan anak di rumah.

Baca Artikel Berkaitan: “Nak Beli Barang Untuk Anak” – Lelaki ‘Tahan’ Polis Minta Tolong Beli Jam, Buntu Cari Kerja Tak Jumpa

Baca Artikel Berkaitan: “Tadi Dah Isi RM2..” – Kereta Tersadai Tepi Jalan, Ramai Luluh Hati Lihat Anak-Anak Kecil Terpaksa Tolak Kereta

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Sikap Murni Pelanggan Offer Bawa Kereta Kerana Simpati Pemandu E-Hailing Mengantuk Raih Pujian

Keluarga Tersadai Tepi Jalan Kerana Motosikal Rosak

Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@minyakhitamjalanan_) apabila seorang mekanik motosikal berkongsi situasi menyentuh hati yang berlaku apabila dia membantu sebuah keluarga yang tersadai di tepi jalan raya.

Jelas mekanik itu, dia pada awalnya telah menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mengatakan rantai motosikalnya putus manakala soket hadapan telah hilang.

Bagaimanapun menurut pomen tersebut, dia hanya bertugas sampai 10PM sahaja dan tidak melakukan servis selama 24 jam.

Namun disebabkan simpati dengan keadaan mangsa, mekanik itu memintanya untuk berkongsi lokasi. Sementara itu, lelaki yang terkandas tersebut juga ada bertanya kepadanya tentang anggaran bayaran yang akan dikenakan.

Oleh disebabkan tidak mempunyai wang mencukupi, penunggang motosikal itu kemudiannya mahu membatalkan servis berkenaan.

“Jangan macam tu abang, abang bawa anak kecil tu dah pukul 1 pagi ni, tak apa abang bayar je RM30 tu yang lebih hujung bulan abang bayar la dekat saya. Aku dah tak fikir ape, aku siap-siap terus jalan pegi dekat abang ni,” kata mekanik itu.

Mekanik Tidak Kenakan Caj Bayaran, Ikhas Mahu Membantu

Selesai sahaja membaiki kenderaan dua roda itu, mekanik terbabit berkata lelaki tersebut tidak perlu melakukan apa-apa pembayaran. Jelasnya, dia ikhlas membantu orang yang sedang memerlukan.

“Tak perlu bayar bang. Ada orang infak. Saya jalankan amanah orang je. Kalau memerlukan saya pakai duit, abang tak payah bayar. Anggap rezeki anak je. Betul, saya tak tipu. Hari ni saya tolong abang, insya-Allah esok Allah tolong saya balik.

“Saya tengok gambar anak abang saya terfikir. Saya jom (panggil) kawan untuk datang (ke lokasi kejadian). Hati-hati bang balik. Saya fikir anak abang ni,” katanya kepada penunggang motosikal.

Tambah juruteknik motosikal itu, dia berasa simpati dan mahu menghulurkan bantuan memandangkan dia juga seorang ayah.

@minyakhitamjalanan_ Cerita pukol 1pagi, aku dapat msj dari abg ni mintak tolong.. Abg: Assalamualaikum abg boleh tolong saya ke rantai saya putus & spoket depan hilang, saya nak balik bukit Jalil ni abg.. image is not available: w’asalam abg, saya tak buat 24jam abg, last 10malam sahaje abg, maaf sgt² abg tak dapat tolong.. ” Lepas tu dia hantar gambar motor dia, aku tgok ade budak 2org atas motor, aku terus wsp balik abg ni” image is not available: abg bagi location, nanti saya tye budak saya.. Abg: abg nak tye dulu barapa harga kalau semua sekali? image is not available: spoket depan rantai siap upah datang dalam 140 abg Abg: takpe la abg, tak jadi saya pun ade 30 je tengah bulan ni abg, saya cube cara lain image is not available: jgn macam tu abg, abg bawak anak kecik tu dah pukol 1pagi ni, takpe abg byr je 30 tu yg lebih hujung bulan abg byr la dekat saya.. ” Aku dah tak pkir ape, aku siap² terus jalan pegi dekat abg ni, sampai² je jalan situ mmg takde org lansung & abg tu plk bagi salah location image is not available aku sebelah kanan dia sebelah kiri.. selamat la kereta takde langsung aku buat kjer tengah-tengah jalan.. aku pernah rase bila duit cukup² untuk family 🥹” #fyp #masukberandafyp #alhamdulillah ♬ original sound – romiez

Tonton video penuh [DI SINI].

Orang Ramai Sebak & Puji Sikap Baik Hati Mekanik Motosikal

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji tindakan mekanik yang tidak berkira menghulurkan pertolongan kepada individu memerlukan.

“Satu (seorang) lelaki abang tolong, satu dunia lelaki rasa bangga dengan sikap abang,” kata seorang pengguna TikTok.

Malah ada yang juga individu berkongsi situasi dirinya semasa berada dalam fasa kesusahan.

“Aku pernah duduk di fasa ini. Duit tak berapa ada dengan anak tiga orang lagi. Hidup seorang tak tahu nak minta tolong siapa. Masuk habuk pula mata ni. Terima kasih orang baik bantu hamba Allah ni. Semoga Allah murahkan rezeki awak,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, orang ramai juga tidak melepaskan peluang untuk menitipkan doa buat kedua-dua pihak.

“Ya Allah kau murahkanlah rezeki abang ni dan abang yang menolong ini juga. Kau lindungilah kedua keluarga ini Ya Allah dari sebarang bala dan penyakit,” kata seorang lelaki.

image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
Sumber: TikTok (@minyakhitamjalanan_)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Cabut Seat Kereta Demi Bantu Rider Tersadai, Sikap Prihatin Lelaki Raih Pujian

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Siap Pimpin Tangan, Ramai Puji Pemuda Prihatin Tolong Aunty Lintas Jalan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ribut Tiba-Tiba Melanda, Netizen Terharu Lihat Satu Padang Turun Bantu Pegang Khemah