Tak Perlu Beratur Di Kaunter Untuk Tukar Duit Raya, Ini Senarai Bank Mesin ATM Di Sabah Sarawak

14 Apr 2023 • 11:38 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

[2023] Kalau korang nak tukar duit raya, korang hanya perlu pergi ATM je

Tak Perlu Beratur Di Kaunter Untuk Tukar Duit Raya, Ini Senarai Bank Mesin ATM Di Sabah Sarawak. Hampir tiba bulan Syawal, bank-bank di Malaysia biasanya dipenuhi dengan orang yang ingin menukar duit raya.

Namun, kini anda tidak perlu risau kerana anda boleh menukar duit raya di mesin ATM. Bank-bank seperti Maybank, Ambank dan Affin Bank telah menyediakan perkhidmatan ini.

image is not available
Tak Perlu Beratur Di Kaunter Untuk Tukar Duit Raya, Ini Senarai Bank Mesin ATM Di Sabah Sarawak

Berikut ada senarai cawangan mesin atm di Sabah Sarawak

Berikut adalah cara untuk menukar duit raya di mesin ATM dan senarai mesin ATM yang menyediakan perkhidmatan ini:

1. Maybank

Maybank ATM Anda perlu pergi ke cawangan Maybank terdekat yang menyediakan mesin ATM dengan gambar ‘dapatkan wang kertas RM10 di mesin ini’ dan memilih jumlah wang yang ingin dikeluarkan.

image is not available
Kredit gambar: Twitter @thefatinbella

Anda boleh memilih jumlah maksimum sebanyak RM300 dan anda akan menerima duit raya dalam bentuk wang kertas RM10 yang baru. Pastikan anda meminta sampul raya dari kaunter depan.

Berikut adalah senarai mesin atm Maybank di Sabah/ Sarawak:

image is not available
Lihat senarai penuh sini

2. Ambank

Ambank ATM Ambank menyediakan sebanyak 40 mesin ATM di seluruh negara untuk mengeluarkan wang kertas RM10 sempena Hari Raya Aidilfitri.

image is not available

Walau bagaimanapun, penukaran wang kertas dihadkan pada RM300 setiap transaksi. Anda boleh merujuk senarai mesin ATM Ambank yang menyediakan perkhidmatan ini.

Berikut adalah senarai mesin atm Ambank di Sabah/ Sarawak:

image is not available
Lihat senarai penuh sini

3. Affin Bank

Affin Bank ATM Affin Bank menyediakan sejumlah 51 cawangan dan mesin ATM yang menyediakan wang kertas RM10 dan RM50 sempena Hari Raya Aidilfitri.

image is not available

Anda boleh merujuk senarai mesin ATM Affin Bank yang menyediakan perkhidmatan ini. Lihat di bawah untuk ketahui senarai mesin atm Affin Bank di Sabah/ Sarawak:

image is not available
Lihat senarai penuh sini

Dengan adanya perkhidmatan ini, anda dapat mengelakkan kesesakan beratur di bank untuk menukar duit raya.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca pautan bawah: