Tak Perlu Beratur Lagi Di Sephora Malaysia Dengan Sistem Bayaran Berasaskan Android

TechnologyDigital
9 Oct 2023 • 11:40 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sephora Malaysia akan memperkenalkan sistem bayaran berasaskan telefon pintar di kesemua 17 stor mereka di seluruh negara. Sistem tempat jualan berasaskan peranti mudah alih (mPOS) AMS1 yang dibangunkan oleh Adyen diperkenalkan di stor KLCC terlebih dahulu sebelum dikembangkan ke stor-stor lain. Ini menjadikan mereka syarikat pertama menawarkan sistem mPOS di Malaysia.

image is not available

Dengan terminal AMS1 ini, pelanggan boleh membayar terus kepada jurujual tanpa perlu beratur di kaunter pembayaran. Ini akan menjimatkan masa dan memberikan pengalaman pembelian yang lebih mudah kepada pelanggan Sephora.

Peranti berasaskan Android ini mempunyai bateri yang boleh bertahan sepanjang hari. AMS1 menerima pembayaran nirtunai secara NFC menggunakan telefon pintar lain dan juga kad debit/kredit.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved