Tak perlu ‘downgrade’ penyanyi asal! Netizen tak puas hati, Hetty Koes Endang puji Siti Nordiana

Music
11 Dec 2023 • 12:50 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Komen yang ditinggalkan oleh juri tetap All Stars Gegar Vaganza (GV10), Hetty Koes Endang yang berpuas hati dan ‘puji’ persembahan Siti Nordiana pada konsert akhir semalam mengundang kurang senang dalam kalangan warganet.

Hetty Koes Endang puji Siti Nordiana

Mana tidaknya, Hetty yang mesra disapa Bunda puji dengan mengatakan nyanyian Siti Nordiana yang membawa lagu Kisah Hati lebih baik daripada penyanyi asal, Datin Alyah yang turut hadir semalam.

“Malam hari ini kamu keren, mantap, kemajuan yang luar biasa, roar biasa.”
“Merinding bulu roma saya masa dengar, menurut Bunda, lebih bagus Nana nyanyi daripada Alyah.
“Lebih baik sikit sahaja, jangan marah ye Tok Ram,” seloroh Hetty.

image is not available

Hetty juga mengakui nyanyian Siti Nordiana atau mesra disapa Nana juga menunjukkan peningkatan ketara dan sangat bagus pada malam tersebut.

“Saya dapat merasakan peningkatan yang sangat ketara dari segi vokal.

“Nana, persiapan lagu kedua dan ketiga sukses buat kamu,” katanya tegas.

Netizen tak puas hati, downgrade penyanyi asal

Perkara tersebut mengundang rasa tidak puas hati dan berang dengan menyifatkan Hetty tidak realisitik dengan membuat perbandingan dengan penyanyi asal yang jauh lebih hebat menyampaikan lagu sendiri.

Mereka juga kecewa dan mempersoalkan profesionalisme Hetty dalam mengeluarkan komen demikian sehingga mengheret Siti Nordiana menjadi bualan panas netizen di media sosial.

Malah, ada yang meminta Hetty untuk mendengar dengan jelas sebelum membuat perbandingan suara nyanyian Siti Nordiana dengan Alyah yang juga isteri kepada kepada ketua juri GV10, Datuk Ramli MS

image is not available

Sementara itu, Alyah turut mengulang siar luahan hati peminat yang tidak puas hati dengan komen Hetty dalam hantaran InstaStory.

image is not available

image is not available

image is not available

Alyah juga berkata, dia tidak menyalahkan Siti Nordiana dalam hal tersebut kerana dirinya datang ke konsert pada malam berkenaan bagi memberi sokongan kepada penyanyi berusia 39 tahun itu.

 

image is not available

Sumber: X ariyangrande_, Instagram @alyah81