All Stars Gegar Vaganza (RECAP): Jaclyn Victor The Best, Liza Hanim 'Gebrek', Syafinaz Sayang Naqiu, Semak Markah Penuh Konsert Finale!

11 Dec 2023 • 10:00 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Konsert akhir All Stars Gegar Vaganza (GV10) menyaksikan Jaclyn Victor dinobatkan sebagai juara.
 
Menyampaikan tiga lagu dalam genre berbeza, Jaclyn Victor nampaknya berjaya menambat hati juri dan mendapat tempat pertama serta membawa pulang hadiah berjumlah RM200,000 dalam All Stars Gegar Vaganza (GV10).



1) Jaclyn Victor - When You Believe (80.10%)


image is not available


Datuk Ramli MS:

Kenapa tiba-tiba sopan sangat ni? Anyways, two more songs. Jangan bazir.



Datuk Syafinaz Selamat:

Jaclyn victor adakah anda takut malam ini? Tapi nyanyian tak goyang, nobody can take away that you are a good singer.



2) Hady Mirza - Making Love Out Of Nothing At All (75.74%)


image is not available


Datuk Ramli MS: 

Ok saya tak mahu komen banyak-banyak. Nak cakap pasal technical apa semua tu tak perlu. You ada dua lagu lagi, so full throttle.



3) Nikki Palikat - Tragedi Buah Epal (73.18%)


image is not available


Ella:

 Hai Nikki. Selamat malam. Tahniah kerana sampai ke final. Persembahan kamu buatkan saya tak boleh duduk diam. Satu persembahan yang bertenaga. Ella rasa…satu Axiata ni dapat merasakannya. Apa pun keputusan GV malam ni, kamu tahu kamu juara di hati peminat-peminat.



4) Liza Hanim - My Heart Will Go On (72.34%)


image is not available


Ella:

Assalamualaikum Liza. Wow! That was an amazing performance. Ella kagum dengan lontaran suara dan emosi. Ella pun ada emosi. Goodluck Liza…Love you



Datuk Syafinaz Selamat:

Liza dalam hati you, dalam otak you, you kena ingat you are one of Malaysia’s best.



Hetty Koes Endang:

Persembahan yang cukup bagus. Kamu layak jadi juara, menurut Bunda, GEBREK!!!



5) Naqiu - Nur Nilam Sari (72.18%)


image is not available


Datuk Syafinaz Selamat:

I appreciate good voices. saya sayangkan seseorang yang mempunyai suara yang bagus macam Naqiu. Selain daripada Tomok, Naqiu antara peserta yang saya ternanti-nantikan persembahan. Pada saya anda sangat kreatif, dan pandai mengolahkan persembahan di atas pentas.



6) Tomok - Seberapa Pantas (71.46%)


image is not available


Hetty Koes Endang:

Selamat malam Tomok! Ini malam adalah malam konsert kamu, lagu yang biasa menjadi luar biasa. Kamu sememangnya ada style kualiti. Tomok SUKSES!



7) Azharina - Halo (69.64%)


image is not available


Datuk Syafinaz Selamat:

 Malam ni kita dengar Azharina yang selalu kita dengar. Lagu ni menunjukkan range Nina, I enjoyed that performance. Tapi pada saya apa yang Nina tunjuk sepanjang 11 minggu ni, Nina seorang fighter, tak kisah apa yang diberikan kepada awak, awak fight untuk dapat apa awak nak, malam ini saya berpuas hati dengan persembahan Nina.



8) Siti Nordiana - Kisah Hati (61.14%)


image is not available


Hetty Koes Endang:

Assalamualaikum Siti Nordiana. Apa khabar? Macam mana perasaan kamu masuk ke grand final? Harus bangga. Siti Nordiana, lagu pertama nilainya agak tinggi, menurut bunda malam ini kamu keren…Mantap… Kemajuan yang luar biasa…Merinding bulu roma Bunda.Persiapan lagu kedua, lagu ketiga sukses.







Konsert akhir All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil dan dibawakan secara ekslusif di Astro Ria (saluran 104)














image is not available