Tak Perlu Goreng Ayam, Wanita Kongsi Resipi Ayam Sambal Balado Kurang Minyak

FoodCooking
21 Nov 2026 • 12:11 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Tak Perlu Goreng Ayam, Wanita Kongsi Resipi Ayam Sambal Balado Kurang Minyak

Menjaga pemakanan bukan bermaksud seseorang perlu mengetepikan hidangan kegemaran, sebaliknya boleh dimulakan dengan mengubah cara penyediaan makanan.

Antaranya dengan mengurangkan penggunaan minyak ketika memasak dan memilih kaedah yang lebih sesuai untuk hidangan harian.

Bagi yang gemarkan masakan pedas, ayam sambal balado versi kurang minyak ini boleh dijadikan salah satu pilihan untuk dicuba.

Resipi ini turut dikongsikan oleh seorang pengguna Threads, @ansrzll_, yang mengambil keputusan untuk kembali mengamalkan pemakanan lebih sihat selepas menyedari badannya mula menunjukkan tanda-tanda kurang selesa.

"Okeylah, cukuplah tu makan makanan barat dengan goreng-goreng. Badan dah mula bagi tanda rasa tak sedap," tulisnya.

Ikuti resipinya di bawah ini.

Image from: Tak Perlu Goreng Ayam, Wanita Kongsi Resipi Ayam Sambal Balado Kurang Minyak
Kredit: @ansrzll_

Bahan-bahan rebusan ayam:

  • 5 ketul ayam

  • 2 batang serai (diketuk)

  • 1 inci halia (dihiris)

  • 1 sudu teh garam

Bahan kisar untuk sambal (untuk 8 ketul ayam):

  • 2 biji bawang besar

  • 4 ulas bawang putih

  • 5 biji cili merah besar

  • 6 biji cili padi merah

  • 10 biji cili burung hijau

Bahan-bahan lain untuk sambal:

  • 1 sudu teh garam

  • ½ sudu besar asam Jawa Extra Adabi

  • ½ kiub ayam

  • ¾ gula nise bersaiz bulat besar

Cara penyediaan:

  1. Sediakan air untuk merebus ayam. Masukkan serai, halia dan garam secukupnya. Rebus ayam selama 10 hingga 15 minit sehingga separuh masak.

Image from: Tak Perlu Goreng Ayam, Wanita Kongsi Resipi Ayam Sambal Balado Kurang Minyak
Kredit: @ansrzll_
  1. Kemudian, panaskan minyak dalam kuali untuk menyediakan sambal balado. Masukkan satu senduk kecil minyak. Jika tidak mencukupi, boleh tambah sedikit. Minyak tidak perlu terlalu banyak seperti memasak sambal biasa.

  2. Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam minyak. Tambahkan garam dan asam jawa, kemudian kacau sehingga sebati.

  3. Masukkan ayam bersama serai dan halia daripada air rebusan tadi ke dalam sambal. Buang air rebusan tersebut. Tambahkan kiub pati ayam, kemudian biarkan ayam masak bersama sambal dalam keadaan kuali bertutup.

  4. Apabila air mula berkurangan dan sambal masih sedikit berair, masukkan gula melaka yang telah dipatah-patahkan supaya mudah larut. Kacau sehingga gula sebati dengan sambal.

Image from: Tak Perlu Goreng Ayam, Wanita Kongsi Resipi Ayam Sambal Balado Kurang Minyak
Kredit: @ansrzll_
  1. Sebelum menutup api, pastikan air sambal sudah kering. Periksa dan sesuaikan rasa supaya seimbang antara masin, masam dan manis. Apabila rasanya sudah sesuai dan sambal kelihatan cantik, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Baca juga:

Tidak perlu goreng ayam, tetap sedap dimakan

Menerusi perkongsian sama, dia menjelaskan bahawa ayam sambal balado yang disediakan menggunakan kaedah berbeza daripada kebiasaan apabila ayam direbus separuh masak terlebih dahulu sebelum dimasak bersama sambal.

"Saya dah kembali makan tengah hari solehah. Nama masakan ni Ayam Sambal Balado. Daripada goreng ayam, saya rebus separuh masak. Lepas tu sambung masak ayam dalam sambal balado. Untuk yang nak cuba, saya janji sedap je kelainan masak ayam camni," ujarnya.

Kaedah ini membolehkan ayam dimasak terus bersama sambal tanpa perlu digoreng terlebih dahulu, sekali gus mengurangkan penggunaan minyak dalam penyediaannya.

Untuk mendapatkan tubuh badan yang lebih sihat, perubahan kecil seperti mengawal pengambilan minyak dan memilih bahan masakan yang lebih seimbang boleh dijadikan langkah permulaan.

Paling penting, amalkan pemakanan yang sihat secara konsisten tanpa mengabaikan keperluan nutrisi harian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved