“Tak Perlu Kaya Untuk Bahagia” – Video Ina Naim Gelakkan Suhaimi Saad Bergigi Rongak Buat Netizen Terhibur

17 Jul 2023 • 12:00 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi Ina Naim dan suami, Suhaimi Saad tampil mencuri perhatian netizen apabila video kemesraan mereka suami isteri telah mencuit hati kebanyakan pengikut media sosial TikTok.

Dalam video tersebut, kelihatan Ina ketawa terbahak-bahak apabila Suhaimi yang juga merupakan seorang penyanyi membuka pelitup muka sehingga menampakkan giginya yang rongak di bahagian depan.

Gurauan senda Ina dan Suhaimi yang lebih dikenali sebagai Mosus itu telah berjaya menuai pujian yang senang hati melihat kehidupan bahagia pasangan ini.

Di ruangan komen, ramai yang memuji-muji kemesraan antara mereka berdua meskipun tidak dikurniakan dengan harta wang ringgit yang banyak.

image is not available

Sumber : TikTok  

Kata netizen, tak perlu hidup mewah untuk bahagia kerana mempunyai suami yang kelakar juga sudah cukup menggembirakan hati setiap hari.

Terdahulu, Suhaimi sering menjadi kecaman kerana berpegang teguh dengan kepercayaan ‘flat earth’ dan memilih untuk ‘homeschooling’ selain menolak pemberian vaksin terhadap anak-anaknya.

image is not available 5 hours ago

"Hormatlah Orang Lain" - Kerap Ditanya Tentang Shuib Sepahtu, Ini Respon Jep