Tak Perlu “Register” Lagi, Semak Tempat Mengundi Anda Guna 5 Langkah Mudah Ni

Politics
11 Oct 2022 • 5:31 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tak Perlu “Register” Lagi, Semak Tempat Mengundi Anda Guna 5 Langkah Mudah Ni

Desas-desus berkenaan Pilihan Raya Umum telah pun terjawab selepas Perdana Menteri mengumumkan berkenaan pembubaran Parlimen pada baru-baru ini.

Pembubaran Parlimen itu sekaligus menandakan bahawa Pilihan Raya Umum bakal diadakan tidak lama lagi.

Ekoran daripada itu, adakah anda sudah bersedia untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dan pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang?

Bagi melaksanakan tanggungjawab tersebut, anda perlulah terlebih dahulu membuat semakan daftar pemilih bagi mengetahui tempat mengundi pada PRU15 secara online.

Bagaimana untuk mengetahui maklumat berkenaan tempat mengundi yang telah ditetapkan untuk setiap pengundi? Jawapannya adalah, ia ada di portal Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.

Antara maklumat yang boleh diperolehi daripada portal tersebut adalah maklumat peribadi pemilih dan juga daftar pemilih yang telah disahkan seperti lokaliti, daerah mengundi, DUN, Parlimen dan negeri.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan cara-cara untuk semak pendaftaran anda serta lokaliti kawasan yang bakal anda undi, ikuti langkah-langkah seperti berikut:

Panduan Semakan Daftar Pemilih Secara Online:

image is not available
Gambar: MySPR

2. Klik pada pilihan SEMAKAN DAFTAR PEMILIH

3. Sila masukkan No. Kad Pengenalan (cth: 98xxxxxxxxxx) / No. Perkhidmatan Tentera (cth: Txxxxx) / No. Perkhidmatan Polis (cth: RFxxxxx/RFSxxxxx/Gxxxxx). (Tanpa “-” atau jarak)

4. Masukkan 4 angka aksara Captcha

5. Klik SEMAK

6. Semak maklumat peribadi dan kawasan pendaftaran anda yang memaparkan maklumat seperti berikut:

    • Nama penuh, no. kad pengenalan, tempat lahir dan jantina bagi maklumat peribadi pemilih
    • Lokaliti, daerah mengundi, DUN, Parlimen, negeri bagi daftar pemilih yang telah disahkan

Selain daripada melayari portal My SPR, semakan daftar pemilih juga boleh disemak melalui aplikasi MySPR dan hotline SPR.

Sumber: MySPR Semak