Mudah dan sihat, resipi peanut butter ini menjimatkan, hanya guna satu bahan!

Cooking
6 Oct 2022 • 5:31 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

MUDAH dan menjimatkan, resipi mentega kacang atau lebih dikenali sebagai ‘peanut butter’ wanita ini boleh dijadikan panduan buat anda yang ingin membuatnya sendiri.

Tidak menggunakan gula, garam atau minyak, resipi ini menggakan kacang tanah semata-mata. Justeru, sudah tentu ia bebas bahan pengawet dan sesuai bagi anda yang sedang ‘berdiet’!

Pengguna Facebook Nurul Zhafarina berkongsi langkah demi langkah penyediaan ‘peanut butter’ sihat ‘homemade’.

“Peanut butter sihat ini selalunya dijual pada harga yang agak mahal. Apa kata buat sendiri, lebih jimat

“Caranya juga tidak sukar, anda boleh boleh cuba buat,” kongsinya.

image is not available

Berikut langkah demi langkah cara penyediaan mentega kacang tersebut:

 

1- Kacang tanah tanpa kulit disangai menggunakan air fryer pada suhu 180 selama 15 hingga 18 minit.

image is not available

2-Kemudian, keluarkan kacang tersebut dan sejukkan.

3-Apabila sudah sejuk, kisar kacang yang telah disangai tadi menggunakan pengisar kering. Kisar sehinggar kacang tersebut mengeluarkan minyak.

image is not available

4-Bolehlah dikeluarkan dari pengisar dan diisi ke dalam balang yang bersih. Siap!

Kaya vitamin dan mineral

image is not available
Kredit foto utama: Pexels (Eiliv Aceron)

Jangan pandang mentega kacang sebelah mata atau sekadar sapuan roti sahaja. Hakikatnya ia cukup berkhasiat dan kaya dengan pelbagai vitamin serta mineral

Healthline menyenaraikan khasiat yang terkandung di dalam mentega kacang seperti berikut:

  • Vitamin E
  • Vitamin B3 (niasin)
  • Vitamin B6
  • Folat
  • Magnesium
  • Kuprum
  • Mangan
  • Vitamin B5
  • Zat besi
  • Potasium
  • Zinc
  • Selenium

Sungguhpun ia padat dengan khasiat, berwaspadalah mengambilnya kerana 100 gram mentega kacang mengandungi 597 kalori!

Dari segi kalori mentega kacang tidak begitu berkhasiat berbanding dengan sayur-sayuran rendah kalori seperti bayam atau brokoli.

Kredit foto utama: Pexels (Karolina Grabowski)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.