“Tak Perlu Rendahkan Sesiapa…” - Azeva

14 Nov 2026 • 3:50 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

“Tak Perlu Rendahkan Sesiapa…” - Azeva

Penyanyi, Azeva berharap orang ramai lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata agar tidak menyinggung atau melukai perasaan mana-mana pihak.Menerusi perkongsian di Threads, Azeva atau nama penuhnya Wan Azeva Natassha Wan Aminuddin mengingatkan orang ramai agar tidak merendahkan sesiapa.Azeva turut menegaskan dirinya tidak pernah mengharapkan perkara buruk berlaku kepada mana-mana individu.“Saya harap apa pun yang jadi. Kita semua jaga tutur kata. Tak perlulah sampai merendahkan sesiapa.“Apa pun yang berlaku, saya tak pernah mengharapkan keburukan menimpa sesiapa. Doakan yang baik-baik sahaja,” tulisnya.Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan kata-kata semangat buat Azeva dan berharap agar dia diberikan kekuatan untuk menghadapi segala ujian serta dugaan.Difahamkan, menurut orang ramai, terdapat individu yang dipercayai merupakan kenalan rapat telah menghubungi bapa Azeva, Ameng Spring, sambil memarahinya dan bercerita perkara buruk mengenai Azeva.Azeva bagaimanapun meluahkan rasa sedih apabila bapanya diganggu susulan perkara tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved