Tak perlu restu orang lain, Ameera Khan syukur keluarga sokong hubungan dengan Jefri Nichol

LocalEntertainment
24 Dec 2024 • 4:25 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pempengaruh media sosial, Ameera Khan syukur keluarga sokong hubungan istimewanya bersama aktor dari Indonesia, Jefri Nichol ketika ini.

Memetik laporan HibGlam, Ameera atau nama penuhnya Nur Ameera Abdul Halim Khan berkata dia tidak perlukan restu dari mana-mana pihak kecuali keluarganya.

Ameera Khan syukur keluarga sokong hubungan

image is not available

“Keluarga saya sokong saya dan dia. Saya rasa tidak perlukan pengesahan daripada mana-mana pihak. Ini kerana keluarga saya okey membuatkan saya gembira,” katanya dalam siaran langsung Instagram baru-baru ini.

Dalam pada itu, pempengaruh berusia 24 tahun itu turut berkata walaupun berbeza negara, komunikasi antara pasangan itu tetap lancar tanpa sebarang halangan.

“Komunikasi dengan Jefri tidak sukar langsung pun(walaupun dia orang Indonesia). Kalau anda tetapkan dalam kepala akan sukar, maka susahlah tetapi jika rasa mudah, maka senanglah komunikasi itu,” ujarnya.

image is not available

Pada masa yang sama, Ameera turut memuji sikap Jefri yang dikatakan tidak sombong terhadap dirinya walaupun aktor itu popular di Indonesia.

“Dia nama besar tetapi sangat baik dan bangga dengan dia. Itu pandangan saya tentang hubungan saya,” jelasnya.

Terdahulu, tular foto memaparkan kemesraan mereka termasuk video Ameera memanggil Jefri dengan panggilan sayang namun kedua-duanya tidak membuat sebarang kenyataan berkenaan status hubungan mereka.

Sebelum ini, warga maya dari Malaysia tidak merestui hubungan Ameera dan Jefri susulan aktor itu mendedahkan pernah meniduri lebih 20 wanita selain berlaku curang terhadap pasangannya.

Tak perlu restu netizen, Ameera Khan syukur keluarga sokong hubungan dengan Jefri

image is not available

Tidak cukup dengan itu, Jefri turut mengakui pernah menjamah daging babi walaupun beragama Islam hanya untuk menambah berat badan sebagai persedian sukan tinju.

Sumber: HibGlam (Nur Emira Saizali)