Kongsi Foto Mesra Bersama Jefri Nichol, Netizen Suruh Ameera Khan Kahwin Terus, Ini Respons Tuan Badan

19 Dec 2024 • 7:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Personaliti media sosial, Ameera Khan sekali lagi mencuri tumpuan netizen selepas memuat naik beberapa keping foto mesranya bersama aktor, Jefri Nichol.

 

Menerusi hantaran di Instagram, adik kepada selebriti Noor Neelofa itu dapat dilihat meluangkan masa bersama pelakon filem Ali Topan tersebut.

 

Posting itu turut disertakan dengan kapsyen ‘work, life, love’ yang seolah-olah memberi bayangan hubungan cinta ‘influencer’ itu dengan aktor berkenaan.

Ameera Khan balas komen

Tidak terhenti di situ, khabar angin percintaan kedua personaliti itu dikuatkan lagi apabila Ameera tampil membalas komen seorang netizen yang menyuruhnya untuk berkahwin dengan Jefri.

 

“Kahwin terus,” tulis netizen.

 

“Amin Ya Rabbal Alamin,” balas Ameera.


image is not available

ARTIKEL BERKAITAN: Jefri Nichol Mengaku Tiduri 20 Wanita, Netizen: “Itu Prestasi? Subhanallah…”

Bagaimanapun, ada juga segelintir yang tidak bersetuju sekiranya Ameera bercinta dengan Jefri susulan kontroversi pelakon itu yang mengakui meniduri lebih 20 orang wanita.

 

“Ameera deserves better

 

“Serius ke dengan Jefri?!

 

“Hati-hati dengan Jefri,” komen beberapa netizen. 

 

Sekadar info, khabar angin percintaan tentang Ameera dan Jefri mula hangat diperkatakan apabila gambar mereka berpegangan tangan tular di media sosial sebelum ini.