Tak perlu seksi! Netizen puji Fazura main pickleball sopan, tetap cantik & bergaya

EntertainmentLifestyle
26 Aug 2025 • 3:34 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura sekali lagi menjadi perhatian warganet apabila penampilannya ketika bermain pickleball dipuji ramai peminat di media sosial.

Seorang pengguna di platform Threads meluahkan rasa kagum terhadap cara Fazura membawa diri dengan memilih busana sukan yang tertutup sopan, namun masih tampak anggun dan bergaya.

image is not available

image is not available

Netizen puji Fazura main pickleball

image is not available

image is not available

image is not available

“Selalu tengok orang main pickle ball ramai yg pakai outfit seksi seksa. Bukan perempuan je ye. Lelaki pon ramai je main pickle ball seluar dah macam pakai spender. Tengok queen Fazura kite main elok je tertutup sopan.
“Masih nampak cantik dan style. Banyak je seluar dan parka yang tutup bontot sekarang ni. Nak dengan taknak je kan?” tulis pengguna tersebut.

image is not available

Hantaran itu menerima pelbagai reaksi bersetuju daripada netizen lain yang menyifatkan penampilan Fazura wajar dijadikan contoh, khususnya kepada golongan muda yang aktif bersukan.

Malah, ada yang memuji Fazura kerana sentiasa menjaga imej sopan meskipun dalam aktiviti santai, sekali gus membuktikan bahawa berfesyen dengan menutup aurat bukanlah halangan untuk kekal kelihatan bergaya.

image is not available image is not available image is not available

Penampilan Fazura itu juga dianggap sebagai inspirasi kepada orang ramai bahawa keselesaan, kesopanan dan gaya boleh digabungkan tanpa perlu berpakaian menjolok mata.

Sumber: Threads zieymustafa