Tak Perlu Travel Jauh! Hilton Shah Alam Glenmarie Tawar Percutian Ala Resort Di Tengah Kota

LocalTravel
22 May 2026 • 6:12 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Tak Perlu Travel Jauh! Hilton Shah Alam Glenmarie Tawar Percutian Ala Resort Di Tengah Kota

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Ada ibu bapa yang tengah rancang percutian bersama keluarga sempena cuti sekolah akan datang tetapi nak bercuti di kawasan Lembah Klang?

Mungkin anda boleh jadikan Hilton Shah Alam Glenmarie sebagai destinasi penginapan kali ini.

Hilton Shah Alam Glenmarie Tawar Penginapan Berinspirasi Resort Di Lembah Klang

Dibuka secara rasminya pada 1 Mac lalu, Hilton Shah Alam Glenmarie menawarkan penginapan berinspirasikan resort istimewa buat pengunjung tanpa perlu meninggalkan bandar.

Menariknya, kawasan persekitaran Hilton Shah Alam Glenmarie yang dikelilingi padang golf dan penuh dengan kehijauan pastinya menenangkan mata yang memandang.

Image from: Tak Perlu Travel Jauh! Hilton Shah Alam Glenmarie Tawar Percutian Ala Resort Di Tengah Kota

Menurut Pengurus Besar Hilton Shah Alam Glenmarie, Linda Reddy, hotel ini direka sebagai destinasi buat tetamu tanpa perlu keluar dari bandar.

“Hilton Shah Alam Glenmarie direka sebagai ruang untuk tetamu berhenti seketika tanpa perlu meninggalkan kota, dengan suasana yang terbuka, tenang dan mudah dinikmati.

“Lokasinya yang bersebelahan padang golf memberikan rasa lebih lapang kepada pengalaman menginap, menjadikannya sesuai sama ada untuk mesyuarat, sambutan istimewa atau percutian singkat di Lembah Klang.

“Sejak beberapa bulan lalu, kami melakukan kerja naik taraf di beberapa bahagian hotel termasuk bilik penginapan, ruang mesyuarat dan acara serta kawasan rekreasi,” katanya.

Image from: Tak Perlu Travel Jauh! Hilton Shah Alam Glenmarie Tawar Percutian Ala Resort Di Tengah Kota
Foto: Fatin/BuzzKini

Hilton Shah Alam Glenmarie Tawar 261 Bilik Suite & Kemudahan Istimewa Buat Pengunjung

Hilton Shah Alam Glenmarie menawarkan 261 bilik dan suite yang sesuai untuk percutian hujung minggu mahupun penginapan lebih panjang.

Menariknya, hotel ini satu-satunya hotel di Lembah Klang yang menawarkan bilik Premium Executive dengan reka bentuk dupleks serta balkoni peribadi serta susun atur dua aras yang memberi lebih fleksibiliti, keselesaan dan privasi kepada tetamu.

Image from: Tak Perlu Travel Jauh! Hilton Shah Alam Glenmarie Tawar Percutian Ala Resort Di Tengah Kota

Bukan itu sahaja, pengunjung boleh menikmati pelbagai kemudahan riadah yang tersedia dan berehat di kolam renang atau meluangkan masa di Glenmarie Golf and Country Club yang hanya terletak bersebelahan hotel.

Malah, pengunjung boleh menggunakan pelbagai kemudahan sukan dan rekreasi antaranya seperti gym, kolam renang bersaiz olimpik dan gelanggang tenis dengan bayaran serendah RM20.

Image from: Tak Perlu Travel Jauh! Hilton Shah Alam Glenmarie Tawar Percutian Ala Resort Di Tengah Kota
Foto: Fatin/BuzzKini

Pengunjung juga boleh merasai pengalaman bermain golf menerusi pakej Stay & Play yang menggabungkan penginapan satu malam dan masa di padang golf.

Hilton Shah Alam Glenmarie turut dilengkapi dengan 2,800 meter persegi ruang mesyuarat dan acara termasuk Cullinan Event Hall yang direka dengan merupakan pencahayaan semula jadi serta susun atur serba guna sesuai untuk pelbagai majlis seperti acara korporat mahupun majlis perkahwinan berskala besar.

Image from: Tak Perlu Travel Jauh! Hilton Shah Alam Glenmarie Tawar Percutian Ala Resort Di Tengah Kota
Foto: Fatin/BuzzKini

Hilton Shah Alam Glenmarie Tawar Pelbagai Pilihan Hidangan Dari Rangkaian Restoran Berbeza

Pengunjung turut disajikan dengan pelbagai hidangan dari tempatan sehingga ke sajian antarabangsa dengan rangkaian restoran berbeza.

Antaranya seperti restoran Fūrin yang menawarkan hidangan Jepun dalam suasana lebih intim atau restoran Gingerfire yang menyajikan masakan tempatan dan terletak berhampiran kolam renang.

Image from: Tak Perlu Travel Jauh! Hilton Shah Alam Glenmarie Tawar Percutian Ala Resort Di Tengah Kota
Foto: Fatin/BuzzKini

Dengan pelbagai pilihan dan kemudahan yang tersedia, tetamu tak perlu susah payah keluar jauh-jauh kerana di Hilton Shah Alam Glenmarie ada segalanya.

Bukan itu sahaja, pengunjung Hilton Shah Alam Glenmarie juga boleh menikmati manfaat program kesetiaan tetamu iaitu Hilton Honors.

Sempena pembukaan hotel ini, ahli Hilton Honors akan menerima tambahan 1,000 mata ganjaran bagi setiap penginapan bermula 1 Mac hingga 31 Ogos 2026.

Info Tentang Hilton Shah Alam Glenmarie

Untuk sebarang maklumat lanjut berhubung promosi mahupun kadar bilik, pengunjung boleh melayari laman web rasmi Hilton Shah Alam Glenmarie di sini.

Nak buat tempahan? Layari sahaja laman web rasmi mereka atau e-mel kepada HiltonGlenmarie_Reservations@hilton.com tetapi kalau nak lebih mudah, muat turun aplikasi Hilton Honors App.

Alamat: 1, Jalan Usahawan U1/8, Seksyen U1, Shah Alam, 40250, Selangor, Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved