Tak Perlu Tunggu Lama, Ini Rahsia Rebus Nasi Himpit Jimat Masa Dan Gas

15 Apr 2023 • 1:48 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Rupanya, ini rahsianya!

Tak Perlu Tunggu Lama, Ini Rahsia Rebus Nasi Himpit Jimat Masa Dan Gas. Hari raya dah nak dekat, semua orang teruja nak makan juadah lazat. Nasi himpit antara hidangan yang popular tiap kali hari raya! Dimakan pula bersama rendang daging yang sedap dan tambah pula senang nak buat.

Tapi memasaknya lama dan menggunakan banyak gas. Jangan risau, kami ada rahsia untuk masak nasi himpit pantas, senang dan jimat masa dan gas. So, lepas ni tak payah pening kepala dah nak masak nasi himpit!

image is not available
Tak Perlu Tunggu Lama, Ini Rahsia Rebus Nasi Himpit Jimat Masa Dan Gas. Kredit: Cookido

Ini petuanya:

  1. Rebus air sampai mendidih, kemudian masukkan nasi himpit.
  2. Masak selama 10 minit, kemudian tutup api.
  3. Biarkan nasi himpit dalam periuk dan tutup dengan penutup. Biarkan terendam selama 30 minit.
  4. Selepas 30 minit, buka semula api selama 5 ke 10 minit mengikut keadaan nasi impit itu.

image is not available

Jangan lupa kongsikan tips ini kepada kenalan anda!

Bagi sesetengah orang, nasi himpit mungkin kelihatan seperti hidangan yang mudah dan sederhana tetapi ia sebenarnya memerlukan kesabaran dan kecekalan untuk menghasilkan hidangan yang sempurna.

image is not available

Dengan rahsia yang kami kongsikan ini, anda boleh merebus nasi himpit dengan cepat, mudah dan menjimatkan masa dan gas. Jangan lupa untuk mencuba rahsia ini semasa menyambut hari raya nanti dan kongsikan dengan keluarga dan rakan-rakan anda. Selamat mencuba dan selamat menyambut hari raya!

Baca lagi artikel menarik: