Tak Perlu Turun Ke Laut, Netizen Sabah Kongsi Rezeki Pancing Tenggiri Di Tebing Laut Sahaja

5 Jan 2023 • 2:04 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sabah keras bossku!

Tak Perlu Turun Ke Laut, Netizen Sabah Kongsi Rezeki Pancing Tenggiri Di Tebing Laut Sahaja. Bagi anda yang gemar aktiviti memancing di laut, ikan tenggiri pastinya merupakan salah satu ikan yang anda cari cari kerana feel bertarung dengan ikan tersebut.

Tambahan lagi, ikan tenggiri juga merupakan ikan yang boleh dimasak dengan pelbagai jenis resepi dan sering kali mempunyai saiz yang besar dan berbaloi untuk dimakan.

Baru baru ini, tular di laman tiktok apabila seorang pengguna, @tunalegacy berkongsi video seorang pemancing yang hanya memancing ikan tenggiri dari tebing laut berdekatan dengan Sabah International Convention Centre sahaja!

Perkongsian beliau mendapat perhatian netizen netizen terutamanya kaki pancing. Ada juga yang mengatakan bahawa tembok tersebut pasti akan penuh pada hujung minggu selepas ini.

image is not available

Ada juga yang mengatakan kalau di pasar, pastinya ‘pengeras’ untuk ikan tenggiri ini tidak kurang dari RM100.

image is not available

Seorang pengguna lain pula turut mengatakan tempat beliau juga begitu, di mana ikan tenggiri yang diperolehi pula adalah jenis ikan tenggiri yang bertelur.

image is not available

Tak kurang juga, ada yang berpesan agar berhati hati dengan buaya.

image is not available

Pastinya seronok kan kalau dapat memancing dan dapat hasil menarik seperti ini?

Baca juga artikel menarik yang lain :