“Mana Yang Acah-Acah Ustaz?” – Kongsi Video Anjing K9 Bantu Cari Mangsa Tanah Runtuh, Fezrul Khan Perli Netizen

Entertainment
19 Dec 2022 • 11:42 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, nama pelakon Fezrul Khan menjadi bualan hangat netizen selepas memuat naik video memaparkan anjing peliharaan jenis K9 di Instagram Story miliknya.

Baru-baru ini, Fezrul atau nama sebenarnya Fezrul Khan Junaidui dilihat seolah-olah menyindir netizen yang pernah mengecam tindakannya memelihara anjing tersebut.

Menerusi Instagram Story, pelakon berusia 40 tahun itu berkongsi video memaparkan anjing pengesan K9 yang sedang menjalankan tugas mencari mangsa kejadian tanah runtuh di Batang Kali.

Kerja dia juga yang mencari mangsa. Mana acah-acah ustaz tak ada nampak pun keyboard warrior.

Bukan itu sahaja, Fezrul turut memberikan kesedaran kepada semua pihak tentang kegunaan ajing tersebut.

Nampak tak function K9 jangan sombong sangat. Siapa yang selamatkan?

Dalam pada itu, pelakon filem Minyak Dagu itu meminta orang ramai untuk tidak terus menjatuhkan hukum terhadap seseorang.

Ramai mangsa dia dapat selamatkan. Jangan di hina anjing ini dan jangan busuk hati dengan anjing.

Terdahulu, Fezrul memakumkan dia menjadikan Al-Quran sebagai rujukan memelihara anjing bagi tujuan menjaga kebun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 bulan lalu

"Baca Surah Al-Madiah Baru Sembang Dengan Saya" - Fezrul Khan Berang Anjing K9 Peliharaan Mati Diracun