‘Tak perlu ungkit, doakan Datuk Jamal kembali sembuh’ : Tun Mahathir

LocalPolitics
28 Mar 2025 • 3:34 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad mendoakan kesembuhan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos yang sedang dirawat di hospital akibat kanser paru-paru yang kini sudah merebak ke otak.

Menurut bekas Perdana Menteri, beliau menyedari ada pihak yang menyuruh Jamal meminta maaf kepadanya kerana kata-kata yang tidak wajar yang dilemparkan terhadap beliau ketika menentang Umno kerana kes 1MDB.

“Bagi saya tidak perlulah mengungkit perkara itu kepada saudara se-Islam kita yang sedang menghadapi kesukaran.

“Sebaliknya saya rasa perlu kita doakan semoga Datuk Jamal kembali sembuh dan sihat seperti sedia kala,’’ katanya menerusi kenyataan hari ini.

image is not available
Tun Dr Mahathir Mohamad turut mendoakan kesembuhan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu. - Gambar fail Scoop, 28 Mac, 2025

Dr Mahathir turut mengambil kesempatan memohon maaf kepada Jamal jika ada kesilapan dan kesalahannya.

Jamal telah dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Ampang, Sabtu lalu dan kesihatannya dilaporkan merosot selepas doktor mendapati sel kanser di bahagian paru-paru kini merebak ke bahagian otak sebesar tiga sentimeter.

Beliau juga dilaporkan beberapa kali dimasukkan ke hospital bagi menerima rawatan untuk kanser paru-paru tahap empat.

Kesihatannya dilaporkan merosot sejak 2022. - 28 Mac, 2025