Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegur beberapa pihak yang meminta Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos memohon maaf kepadanya.
Beliau berkata, tindakan tersebut tidak perlu dilakukan dan diungkit apatah lagi ketika ini Jamal menghadapi kesukaran.
“Saya terbaca ada yang menyuruh Datuk Jamal meminta maaf kepada saya kerana kata-kata yang tidak wajar dilemparkannya terhadap saya dahulu semasa saya sedang menentang Umno kerana kes 1MDB.
“Bagi saya tidak perlulah mengungkit perkara itu kepada saudara se-Islam kita yang sedang menghadapi kesukaran.
“Sebaliknya saya rasa perlu kita doakan semoga Datuk Jamal kembali sembuh dan sihat seperti sedia kala,” katanya.
Namun, kata Tun Mahathir, sebaliknya perlu mendoakan kesembuhan kepada Jamal.
“Sebaliknya saya rasa perlu kita doakan semoga Datuk Jamal kembali sembuh dan sihat seperti sedia kala,” katanya menerusi hantaran di X.
Dalam pada itu juga, beliau mengambil kesempatan memohon maaf kepada Jamal sekiranya ada kesilapan dan kesalahan yang dilakukan terhadapnya.
“Saya pula nak ambil kesempatan ini nak minta maaf kepada Datuk Jamal jika ada kesilapan dan kesalahan saya terhadapnya,” katanya.
Sabtu lalu, Jamal dimasukkan ke hospital selepas tahap kesihatannya merosot akibat kanser yang dihadapinya sejak tiga tahun lalu.
Memetik dari Malaysia Gazette, Jamal memaklumkan, sel kanser yang menyerang bahagian paru-parunya pada 2022 kini merebak ke bahagian otak menyebabkan beliau sukar untuk bercakap dan makan secara normal.
The post ‘Usah ungkit salah Jamal Yunos, doakan dia kembali sembuh’ – Tun M appeared first on The Reporter.


