
ADA pencapaian yang diraikan dengan tepukan dan ucapan tahniah, namun bagi sesebuah keluarga, kejayaan insan tersayang sering membawa makna yang jauh lebih besar.
Bukan sekadar bangga melihat nama terukir pada satu pengiktirafan, tetapi kerana mereka sendiri menjadi saksi kepada perjalanan panjang, pengorbanan dan air mata yang dilalui sebelum seseorang itu sampai ke tahap berkenaan.
Begitu juga dengan Sabira Jebat yang meluahkan rasa bangga terhadap kakaknya, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat, selepas menerima satu pengiktirafan daripada Yang di-Pertua Negeri Melaka baru-baru ini.
Bagi Sabira, penghargaan tersebut bukan sekadar mengiktiraf pencapaian Ayda dalam dunia seni, malah seolah-olah menjadi tanda bahawa segala usaha dan pengorbanan kakaknya selama ini akhirnya berbaloi.
“Honestly, I’m so proud of my sister, AJ. Dari kami membesar sama-sama, I’ve seen how much she has struggled, how much she has sacrificed, and how she slowly built herself to where she is today,” katanya menerusi perkongsian di Threads.
Lebih menyentuh hati, dia mengakui perkara yang paling membuatkan dirinya bangga bukan hanya kejayaan yang diraih Ayda, tetapi cara kakaknya itu tidak pernah melupakan keluarga meskipun sudah mempunyai kehidupan sendiri.
Menurutnya lagi, Ayda masih mengambil berat tentang ibu bapa mereka dan sentiasa berusaha memastikan kebajikan keluarga terjaga.
“Apa yang paling buat saya bangga bukan hanya tentang apa yang dia capai, tapi how she has always taken care of our parents.
“Sampai hari ini, she still pampered my mom, selalu bagi duit dekat my dad tanpa pernah berkira and never once berkira dengan family,” ujarnya.

Dari susah hingga mampu berdiri sendiri
Di sebalik kehidupan sebagai anak seni yang kini dikenali ramai, perjalanan Ayda untuk membina nama sendiri bukanlah sesuatu yang berlaku dalam sekelip mata.
Sabira yang membesar bersama Ayda mengakui dirinya menyaksikan sendiri kesukaran dan pengorbanan yang dilakukan kakaknya untuk mencapai kedudukan seperti hari ini.
Justeru, tidak hairanlah pengiktirafan yang diterima Ayda turut mengundang rasa sebak dalam diri Sabira.
Bagi seorang adik yang mengetahui perjalanan kakaknya dari dekat, kejayaan itu pastinya terasa lebih istimewa kerana dia tahu apa yang telah dilalui Ayda sebelum berada di tahap sekarang.
Selain ketekunan dalam membina kerjaya, Sabira turut berkongsi satu sisi peribadi Ayda yang mungkin tidak begitu diketahui umum.
Menurutnya, kakaknya merupakan seorang yang pemurah dan tidak pernah berkira apabila melibatkan keluarga.
“She’s the kind of person yang tak pernah kedekut, tak pernah berkira, and always gives without expecting anything in return,” katanya.
Sikap tersebut, menurut Sabira, menjadi antara sebab mengapa dirinya semakin tersentuh melihat Ayda menerima pengiktirafan berkenaan.
“Seeing her receive this recognition today makes me even more emotional because I know how much she deserves it,” ujarnya.
Buat Sabira, perjalanan Ayda yang dilihatnya sejak mereka kecil hingga kini menjadi bukti bahawa kejayaan bukan hanya tentang populariti atau pencapaian dalam kerjaya.
Sebaliknya, nilai seorang insan turut terserlah melalui cara mereka melayan dan menjaga keluarga ketika sudah mempunyai kehidupan sendiri.
“Proud of you kakak. You’ve come so far and I pray you’ll continue to shine and be blessed with even more success. You deserve every bit of it,” katanya.

