Tak pernah bertemu, Fazura terima nota kata2 semangat dari jiran

LocalEntertainment
8 Nov 2024 • 4:15 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Selebriti terkenal, Fazura terima nota kata-kata semangat dari jiran berhampiran kediamannya walaupun mereka tidak pernah bertemu sebelum ini.

Menerusi hantaran Fazura di Instagram, dia telah memuat naik beberapa mesej sokongan dan aktiviti yang dijalani sejak kebelakangan ini di media sosial dengan mengucapkan terima kasih kepada mereka.

Paling mencuri tumpuan sudah tentu nota yang diberikan oleh jiran berhampirannya apabila mengatakan mereka tidak pernah bertemu namun mendoakan agar pelakon tersebut dalam keadaan baik walaupun sedang melalui detik yang agak sukar selepas penceraian.

Instagram will load in the frontend.

Fazura terima nota dari jiran, beri kata2 semangat sebagai ibu tunggal

Dalam nota tersebut juga, jiran kepada Fazura berkongsi pengalaman diri sebagai seorang ibu tunggal dan memahami apa yang dirasai oleh pelakon itu ketika ini.

“Kira-kira 11 tahun yang lalu, saya juga menjadi ibu tunggal. Pengalaman itu cukup burukwalaupun tanpa perhatian orang ramai. Hati saya sedih melihat awak dan anak perempuan awak,” tulisnya.

image is not available

Fazura terima nota dari jiran, akan cuba bertemu di masa hadapan

Nota ringkas yang cukup bermakna disertakan sekali dengan sebakul buah-buahan telah dibalas oleh Fazura di ruangan kapsyen Instagramnya apabila menghargai apa yang diberikan oleh wanita tersebut.

“Kepada jiran tersayang. Kita tidak pernah bertemu, tetapi Islam sentiasa mengajar kimi untuk menyayangi jiran kami dan tindakan anda amat terpuji,” ujarnya.

Insan2 yang memberi semangat dalam hidupnya

Selain dari nota daripada Jiran, pemilik nama sebenar Nur Fazura Sharifuddin, 41, turut berkongsi beberapa lagi mesej kata-kata positif untuknya yang diterima daripada Ustazah Asri Mansor serta Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad.

Dia juga memuat naik beberapa gambar anaknya serta insan-insan yang memberi semangat sepanjang dia menjalani ujian yang sedang dihadapi.

image is not available

Ramai doakan yang terbaik buat Fazura

Perkongsian daripada Fazura itu telah dihujani dengan kata-kata positif daripada warganet yang kebanyakkannya mendoakan agar urusan pelakon itu dipermudah.

Mereka juga berharap agar Fazura terus kuat dan percaya akan ada perkara baik menyusul tidak lama lagi.

image is not available

Ramai yang sayang Fazura & Fatima

image is not available

Allah bersama orang-orang yang bersabar

image is not available

Sekadar info, Fazura telah sah bercerai talak satu dengan aktor, Fattah Amin pada 7 Oktober lalu. Terdapat beberapa kontroversi yang membuatkan isu penceraian mereka menjadi semakin besar walaupun kedua-dua pihak tidak begitu mendedahkan tentang masalah yang mereka alami.

Sumber: Instagram missfazura