“Itu Memang Realiti Yang Pahit Untuk Ditelan” – Fiza Sabjahan Dedah Pernah Dikritik Tidak Cantik

EntertainmentLifestyle
5 Nov 2024 • 1:51 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Personaliti televisyen, Fiza Sabjahan mendedahkan bahawa dia pernah dihina kerana tidak mempunyai rupa paras yang menarik ketika kemunculannya dahulu.

Memetik dari HibGlam, pengacara itu berkata dia memilih untuk mengabaikan segala kata-kata yang negatif yang telah dilemparkan dan fokus untuk mengejar impiannya.

Itu memang realiti yang pahit untuk ditelan. Situasi itu saya lalui ketika mula menceburi bidang ini ketika terlibat dengan program besar iaitu Nona.

image is not available

Fiza menjelaskan ada pihak yang merasakan dia tidak cukup cantik untuk menjadi hos program itu tetapi dia mengabaikan semua kata-kata negatif itu.

Dia turut berkata seseorang pengacara tidak harus lokek berbelanja untuk tampil lebih menarik.

Menurutnya, perkara tersebut adalah penting bagi memastikan kekal relevan di dalam industri.

Menjaga penampilan memang amat penting untuk seorang pengacara. Tak semestinya perlu barang mahal pun untuk nampak cantik dan kemas.

image is not available

Pengacara TV Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA204) itu turut berkata tidak salah untuk melabur dan berbelanja untuk mendapatkan penampilan yang lebih menarik kerana pengacara harus sentiasa bersedia.

image is not available 23 hours ago

"Perkara Paling Penting Adalah Bertahan Dan Berjuang Demi Cinta - Fazura Ulas Inspirasi 'Bertahan Demi Cinta'