Tak pernah dengar! Chacha Maembong terkejut khabar angin Emma kahwin baharu

LocalEntertainment
20 Jan 2025 • 6:38 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Chacha Maembong terkejut apabila mendengar khabar angin khabar angin kononnya kakaknya, Emma Maembong sudah berkahwin dengan seorang deejay kelab malam.

Chacha atau nama penuhnya Siti Aishah Ismail berkata, dia memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai dakwaan tersebut.

image is not available

Chacha Maembong terkejut

Akui aktres berusia 28 tahun, dia sendiri tidak tahu dan belum mengetahui kesahihan dakwaan tersebut.

“Macam ni, sejujurnya saya memang tidak tahu tentang gosip itu dan daripada mana spekulasi ini boleh timbul. Saya tak berani nak beri sebarang komen.
“Sebab saya tak pernah dengar tentang perkara itu, lebih baik saya tidak cakap apa-apa, nanti lain pula jadinya.
“Saya sendiri pun baru sahaja pulang kerja dan kini berada di rumah untuk beristirehat,” katanya.

image is not available

Terdahulu, timbul dakwaan mengatakan Emma sudah berkahwin dengan seorang deejay dikenali sebagai DJ Kidd selepas bercerai dengan bekas suaminya, Muhammad Shazli Azhar.

Emma dan lelaki berkenaan juga didakwa bercuti bersama di luar negara berdasarkan beberapa gambar yang tular dalam media sosial.

Sebelum ini, Emma merahsiakan tarikh sebenar perceraiannya bersama Shazli, namun mengumumkan pada 7 Oktober tahun lalu.

image is not available

Sehingga kini, usaha untuk mendapatkan penjelasan daripada mengenai dakwana tersebut masih gagal apabila panggilan telefon tidak dijawab.

Sumber: Kosmo! Online (Muhammad Haikal Ramli)