“Tak berani nak bagi komen” – Chacha Maembong Tak Tahu Khabar Angin Emma Maembong Kahwin Baru?

Entertainment
20 Jan 2025 • 5:24 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba ada khabar angin mendakwa pelakon terkenal Emma Maembong sudah pun berkahwin baharu.

Adik kepada Emma, Chacha Maembong menerusi Utusan Malaysia berkata dia turut terkejut dengan khabar angin kakaknya sudah berkahwin dengan seorang deejay kelab malam itu dan dia enggan memberikan apa-apa komen mengenainya.

image is not available

“Saya tidak tahu mengenai khabar angin itu dan tidak berani mahu beri apa-apa komen.

Saya baru balik kerja dan kini berada di rumah. Oleh sebab saya tidak pernah dengar gosip mengenai itu, saya tidak mahu beri komen,” katanya.

Khabar angin tersebut mendakwa pelakon Wanita Milik Kaiden itu sudah berkahwin dengan seorang deejay bernama DJ Kidd dan mereka dilihat bercuti bersama-sama di negara seberang.

Emma didakwa menjalinkan hubungan dengan individu tersebut selepas bercerai dengan suaminya Muhammad Shazli Azhar.

Sebagai info, pasangan itu sebelum ini merahsiakan tarikh sebenar perceraian sebaliknya hanya memuat naik khabar perpisahan pada 7 Oktober tahun lalu.

Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada kenyataan rasmi daripada Emma berkenaan khabar angin tersebut.

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.