“Tak Pernah Rasa Bahagia Macam Ni..” – Dapat Hadiah Cincin, Peminat Tak Sabar Tengok Puteri Sarah Naik Pelamin Kali Kedua

Entertainment
1 Apr 2023 • 9:47 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Perkongsian Puteri Sarah Liyana di TikTok telah mencuri perhatian peminat di media sosial apabila pelakon jelita itu dilihat meluahkan rasa gembira kerana dihadiahkan dengan sebentuk cincin oleh seseorang.

Dalam video itu, Puteri Sarah mengucapkan rasa syukur dan mengakui tidak pernah rasa sebahagia itu apabila mendapat hadiah daripada orang lain.

Alhamdulillah. Terima kasih yang mendoakan saya rezeki tak putus-putus. Tak pernah rasa bahagia ni dapat cincin dari orang.

Gara-gara perkongsian itu, peminat Puteri Sarah tertanya-tanya sama ada pelakon drama Andai Itu Takdirnya itu telah menemui cinta hati yang baru.

Ruangan komen hantaran tersebut juga dipenuhi komen-komen berbaur sokongan serta mendoakan agar Puteri Sarah menemui bahagia dengan jejaka yang lain kelak.

Difahamkan, Puteri Sarah menerima cincin tersebut daripada perniagaan ‘affiliate’ yang dilakukan bersama sebuah jenama dan diberikan ganjaran mewah berkenaan.

image is not available 2 hari lalu

"Maki Mak Sebab Buang Gambar Jesus Nak Letak Dalam Rumah" - Adik Afiq Muiz Bongkar Cerita Sebenar Mengenai Pachara Apin?